Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lu.han] | کلوهن

Definisi : 1. kata-kata mengeluh, keluh-ke­sah, rintihan: ~ dan sungutan ini memang perkara biasa, tidak menghairankan lagi; 2. tarikan serta hembusan nafas yg panjang (sbg menandakan kesedihan, kekesalan atau penderitaan): yg terdengar hanya ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lu.han] | کلوهن

Definisi : 1 kata-kata utk melahirkan perasaan sedih kerana menderita kesusahan dll; rintihan. 2 tidak tenteram fikiran; gelisah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keluh
Kata Terbitan : mengeluh, pengeluh, keluhan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABU ABDULLAH

Abu Abdullah ( ? –1533?), dalam bahasa Inggeris

dikenali sebagai Boabdil ialah Raja Moor yang

terakhir di Granada yang kini sebuah wilayah di

selatan Sepanyol. Nama Arabnya ialah Abu Abdullah.

Abu Abdullah juga digelar sebagai “si kerdil” dan

memerintah dengan gelaran Muhammad XI. Pada

tahun 1482, baginda merampas takhta daripada

ayahnya. Baginda seorang raja yang zalim dan tidak

adil. Pada tahun 1492, tentera Ferdinand dan Isabella,

pemerintah Castile dan Aragon, menyerang Granada

dan mengalahkan Abu Abdullah. Semasa Abu

Abdullah meninggalkan kerajaannya yang telah

hilang itu, baginda menoleh untuk melihat

kerajaannya kali yang terakhir. Tempat baginda

berhenti untuk menoleh itu masih ditunjukkan

kepada pelancong sebagai “keluhan terakhir Raja

Moor”. Abu Abdullah pergi ke Afrika dan di sana

baginda dikatakan mangkat dalam pertempuran.

UMUM 

Kembali ke atas