Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lum.pang] | کلومڤڠ

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), kelum­pung, Sterculia foetida; 2. = ~ burung sj tumbuhan (pokok), perupuk, rongga jantan, unting-unting, Sterculia parviflora; 3. = ~ keras sj tumbuhan (pokok), katak udang, otak udang, Buchanania lucida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelumpang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUALA SELINSING

KUALA SELINSING, tapak arkeologi prasejarah akhir atau protosejarah awal. Kuala Selinsing di Pulau Kelumpang, Perak. I.H.N. Evans, orang pertama menjalankan ekskavasi pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an menamakan tapak tersebut sebagai tapak Tanjung Rawa, Kuala Selinsing. Antara tahun 1988 hingga tahun 1990, beberapa penyelidik arkeologi dapat mengesan semula tapak tersebut dan menemuinya di dalam hutan paya bakau, Pulau Kelumpang. Tapak tersebut terletak dari Pelabuhan Sepetang, melalui Sungai Selinsing, sejauh lebih kurang 14 km. Jalan Sungai yang paling dekat ke situ melalui Kampung Selinsing atau dari Kuala Gula, sejauh lebih kurang 7 km.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas