Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lum.pu.han] | کلومڤوهن

Definisi : perihal lumpuh: setelah meng­alami ~ selama beberapa tahun, kesatuan itu mulai bergerak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lum.pu.han] | کلومڤوهن

Definisi : keadaan lumpuh; kelemahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelumpuhan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELUMPUHAN

Kelumpuhan ialah kehilangan upaya untuk

bergerak. Ia mungkin bersifat separa atau

menyeluruh dan sementara atau kekal. Keadaan ini

boleh melibatkan otot di mana-mana bahagian

tubuh. Dalam banyak kes, kelumpuhan juga disertai

kehilangan deria di bahagian tubuh yang terlibat.

UMUM 
KELUMPUHAN SPASTIK

Kelumpuhan spastik suatu keadaan apabila

keupayaan mengawal otot berkurang akibat

kerosakan pada sistem saraf pusat (otak dan saraf

tujang). Kerosakan yang mengakibatkan keadaan ini

boleh berlaku semasa ataupun sebelum kelahiran.

Kelumpuhan spastik boleh juga berkembang

selepas kelahiran sekiranya jangkitan seperti

meningitis merosakkan otak, atau jika kerosakan

berpunca daripada strok, keretakan tengkorak, atau

kecederaan lain.

UMUM 
PALSI

Palsi sama ertinya dengan kelumpuhan, iaitu

kehilangan daya gerak atau kederiaan (lihat

Kelumpuhan).

UMUM 
STROK

Strok ialah kehilangan fungsi otak dengan tibatiba.

Ia adalah kecemasan perubatan yang boleh

menyebabkan kelumpuhan, kerosakan otak yang

teruk, atau kematian. Kebanyakan strok berlaku

apabila darah beku atau sesetengah bahan lain

menyekat aliran darah ke otak, lalu mengganggu

bekalan oksigen dan nutrien ke otak. Jika sekatan

ini berlanjutan lebih daripada beberapa minit,

kecacatan otak yang kekal mungkin berlaku. Strok

juga mungkin berlaku apabila pembuluh darah

pecah dan menyebabkan pendarahan ke dalam

otak, atau ke dalam bendalir di sekeliling otak.

Pendarahan mendatangkan tekanan yang

merosakkan tisu otak, menyebabkan kehilangan

fungsinya.

UMUM 
PARU-PARU BESI

Paru-paru besi ialah sebuah alat yang

digunakan untuk merawat paralisis (kelumpuhan)

otot dan organ pernafasan. Paru-paru besi

kadangkala dikenali sebagai respirator atau

ventilator.

UMUM 
POLIOMIELITIS

Poliomielitis juga dikenali sebagai polio ialah

jangkitan yang serius disebabkan oleh virus.

Penyakit ini kadangkala dikenali sebagai lumpuh

infantil kerana ia boleh menyerang bayi atau

kanak-kanak dan menyebabkan kelumpuhan. Pada

masa dahulu, wabak polio biasa terjadi dan sangat

ditakuti kerana penyakit ini menyebabkan ramai

mangsanya lumpuh seumur hidup. Walau

bagaimanapun, pada tahun 1950-an, vaksin

melawan penyakit ini telah diperkenalkan. Sejak

itu, polio hampir dibasmi di negara maju.

UMUM 
SALK, JONAS EDWARD

Salk, Jonas Edward ( 1914–1995), ahli sains

penyelidikan Amerika yang bekerja dalam bidang

perubatan pencegahan. Dia memperoleh

pengiktirafan tertinggi kerana memajukan vaksin

yang menjadi senjata pertama yang cukup

berkesan untuk mencegah poliomielitis, yang juga

dikenali sebagai kelumpuhan infantil (lihat

Poliomielitis ).

UMUM 

Kembali ke atas