Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemampuannya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DONIZETTI, GAETANO

Donizetti, Gaetano (1797–1848), penggubah

opera Itali. Semasa hidupnya, dia menduduki

tempat kedua selepas Gioacchino Rossini.

Donizetti menulis lebih kurang 65 opera

dan opereta, dan menjadi masyhur dengan

kemampuannya mereka cipta opera dalam masa

yang singkat.

UMUM 
DELTA

Delta ialah tanah datar yang rendah yang

terdiri daripada tanah liat, batu-batu, pasir dan

endapan lain yang mendap di muara sungai.

Delta diberi nama sempena huruf Yunani delta ()

kerana kebanyakannya berbentuk segi tiga. Delta

terbentuk apabila air sungai mengalir ke dalam air

yang tenang dengan kelajuan dan kemampuannya

untuk membawa endapan menjadi kurang secara

tiba-tiba.

UMUM 
ABU AL-FARAJ, AL-ASFAHANIY,

Abu al-Faraj, al-Asfahaniy (284 H.–356 H./

897 M.– 966 M.), tokoh sastera yang terkenal pada

abad ketiga Hijrah dan berasal daripada keluarga

Umawiyyah. Nama penuhnya ialah Abu al-Faraj Aliy

ibn al-Husayn ibn Muhammad ibn Ahmad al-

Asfahaniy. Dia lahir di Isfahan dan kemudian

berpindah ke Baghdad untuk menetap di sana. Di

Baghdad, Abu al-Faraj berguru dengan para alim

ulama dalam bidang bahasa dan periwayatan

seperti Abu Bakar ibn Darid, Abu Bakar ibn al-

Anbariy, al-Fadl ibn al-Hibab al-Jumhiy, ‘Ali ibn

Sulayman al-Akhfashiy, Naftawayh, Muhammad ibn

Jarir al-Tabariy, Ahmad ibn Ja‘far, Jahzah dan

beberapa orang perawi lagi. Abu al-Faraj

mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk

syair, lagu, cerita-cerita rakyat, hadith sahih, ilmu

keturunan, bahasa, nahu, ilmu tentang amalan

khurafat, ilmu peperangan dan sejarah. Dia juga

menguasai ilmu yang berkaitan dengan deria dan

cara perubatannya, ilmu kedoktoran, astronomi dan

farmasi. Oleh sebab kemampuannya menguasai

pelbagai bidang ilmu ini, dia layak digelar sebagai

seorang pakar, fasilitator, ahli sejarah dan hafiz.

UMUM 

Kembali ke atas