KEMARAU | Kemarau ialah keadaan yang berlaku apabila purata hujan bagi sesuatu kawasan turun jauh di bawah amaun normal bagi tempoh yang lama. Anak sungai, kolam, perigi sering kali kering semasa kemarau. Bekalan air untuk kegunaan pertanian, perindustrian dan persendirian berkurangan dengan banyak. Biasanya tanah atas yang kering dan berderai terbang ditiup angin panas kering (lihat Ribut debu). Di kawasan yang tidak diairi kekurangan hujan menyebabkan tanaman ladang menjadi layu dan haiwan ternakan mati. | UMUM | |
KEMARAU DI LEMBAH | KEMARAU DI LEMBAH, kumpulan puisi dan cerpen karya Kassim Ahmad. Kumpulan ini hasil tulisan Kassim antara tahun 1955 hingga tahun 1962 dan diterbitkan pertama kali oleh penerbit Saudara Sinaran Berhad, Pulau Pinang pada tahun 1967. Ia kemudian diterbitkan kembali oleh Teks Publishing, Kuala Lumpur pada tahun 1982. | SASTERA | Karya |
SALTBUSH | Saltbush ialah nama yang popular bagi lebih daripada 1400 spesies (jenis) tumbuh-tumbuhan di Australia. Ia adalah separa pokok renek atau herba kayu lembut yang tahan kemarau. Kebanyakannya berwarna kelabu-hijau atau keperakan. Ia dinamakan saltbush kerana sifatnya yang masin dan kerana ia tumbuh di rawang masin dan kematu garam masin dan di pesisir laut. Kebanyakan saltbush, terutamanya jenis pedalaman, adalah foder yang sangat baik. Pengelasan saintifik. Saltbush jenis yang paling biasa tergolong dalam famili goosefoot, Chenopodiaceae, genus Atriplex . | UMUM | |
SAHEL | Sahel ialah kawasan padang rumput kering di Afrika. Sahel terletak di bahagian selatan Sahara, dan merentangi sebahagian besar negara Senegal, Mauritania, Mali, Burkina Faso, Niger, Nigeria, Chad dan Sudan. Sesetengah ahli geografi juga mengambil kira kawasan kering Ethiopia, Kenya dan Somalia sebagai sebahagian daripada Sahel. Kemarau yang teruk telah beberapa kali melanda Sahel. Kawasan itu menjadi terlalu kering semenjak tahun 1968. Berjutajuta penduduk di Sahel mati kerana tanaman musnah disebabkan oleh kemarau. | UMUM | |
TAKUNG EMBUN | Takung embun ialah kumpulan air yang cetek. Kebanyakan takung embun terletak di kawasan tanah tinggi berkapur seperti Downs Selatan di selatan England (lihat Downs ). Ia menakung air dalam masa yang lama sekalipun dalam musim kemarau. | UMUM | |
SURAH AL-DUKHAN | Surah al-Dukhan ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-44 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 57 ayat. Surah ini dinamakan al-Dukhan (asap) kerana Allah S.W.T. menurunkan ayat ini untuk menakutkan (menggerunkan) orang-orang kafir dengan mengazabkan mereka dengan kemarau dan kelaparan disebabkan pendustaan mereka terhadap rasul. Allah S.W.T. telah mengutuskan mereka asap tebal yang menyebabkan mereka hampir binasa tetapi Nabi Muhammad s.a.w. telah menyelamatkan mereka dengan berkat doanya. | UMUM | |
PERANG TABUK | Perang Tabuk berlaku pada bulan Rejab tahun ke-9 H., antara orang Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dengan orang Rom di Syam. Raja Rom bernama Harqal telah mengumpulkan orang Rom dan kabilah-kabilah Arab yang berada di bawah pertuanan Rom, untuk memerangi orang Islam. Rasulullah s.a.w. yang mengetahui perkara ini, keluar bersama-sama 30 000 orang tentera Islam untuk menentang mereka pada tahun yang mengalami kemarau dan cuaca yang sangat panas. | UMUM | |
PUPA | Pupa ialah peringkat yang agak tidak aktif dalam metamorfosis (perkembangan) kebanyakan serangga. Dalam metamorfosis lengkap , larva makan sehingga membesar sepenuhnya (lihat Larva ). Kemudian larva bersalin kulit menjadi pupa, satu bentuk sementara yang membolehkan struktur dewasa berkembang. Serangga dewasa muncul dengan memecahkan “kulit” pupa. Peringkat pupa mungkin lamanya satu atau dua hari, atau sehingga satu tahun atau lebih, bergantung pada spesies. Peringkat ini membolehkan sesetengah serangga dewasa, seperti rama-rama, mempunyai ciri-ciri yang sangat berbeza daripada ciri-ciri larva. Ia juga membolehkan sesetengah serangga yang berkembang mengelakkan kepanasan dan kesejukan yang melampau, kebuluran, dan kemarau. | UMUM | |
RUMPUT SUDAN | Rumput Sudan ialah jenis rumput tahan kemarau yang biasanya ditanam di Asia dan Afrika. | UMUM | Umum |