Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kemas (adjektif)
1. Bersinonim dengan rapi: kemin, sering, terurus, teratur, tersusun,
Berantonim dengan berselerak

2. Bersinonim dengan kuat: teguh, erat, kukuh,

3. Bersinonim dengan beres: bersih, habis, selesai,

4. Bersinonim dengan sihat: segar

Kata Terbitan : berkemas, berkemas-kemas, mengemaskan, pengemas,

Puisi
 

Buah limau tepi perigi,
     Lipat kajang kemas-kemas;
Kalau abang mahukan kami,
     Carilah kijang bertanduk emas.


Lihat selanjutnya...(9)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIFFANY, LOUIS COMFORT

Tiffany, Louis Comfort (1848–1933) ialah pereka

bentuk kaca berwarna yang ulung pada akhir tahun

1800-an dan awal tahun 1900-an. Dia merupakan

tokoh penting Amerika dalam penciptaan gaya seni

antarabangsa yang dikenal sebagai art nouveau .

Gaya ini berkembang dari tahun 1890-an hingga

lebih kurang tahun 1910 (lihat Art nouvean ).

Tiffany lahir di New York City. Bapanya, Charles

Lewis Tiffany, memulakan perniagaan barang kemas

yang terkenal. Tiffany memulakan kerjayanya

sebagai pelukis, tetapi kemudian meminati seni

hiasan, terutama kaca berwarna. Pada tahun 1879,

dia menubuhkan syarikat perkongsian dengan

beberapa pelukis moden. Syarikat ini mengkhusus

kepada reka bentuk dan hiasan dalaman sezaman.

Pada tahun 1880, Tiffany memohon paten untuk kaca

berwarna yang iridesen – iaitu yang bertukar warna

jika dilihat dari sudut berlainan. Pada tahun 1885, dia

memulakan syarikat kacanya sendiri. Pada tahun

1894, dia mendaftarkan nama Favrile untuk hasil

kerja kaca iridesen buatan tangannya.

Lihat juga Kaca (gambar; Tingkap kaca berwarna).

UMUM 
PERIDOT

Peridot ialah batu permata lut sinar yang biasanya

berwarna kehijauan kerana kandungan besinya.

Peridot ialah sejenis mineral biasa yang membentuk

batu-batan yang dikenali sebagai olivin. Tukang

emas memotong dan mencanai peridot berkualiti

tinggi untuk menghasilkan permata yang

mempunyai banyak segi. Peridot yang dipotong

dengan cara ini digunakan untuk membuat pelbagai

barang kemas yang indah-indah. Peridot yang

rendah sedikit mutunya dipotong berbentuk bulat

dikenali sebagai cabochon atau dikilatkan dengan

empelas dalam proses yang dikenali sebagai

tumbling . Batu permata jenis ini hanya digunakan

untuk membuat perhiasan kostum dan objek hiasan.

Peridot ialah salah satu daripada dua batu kelahiran

untuk bulan Ogos.

UMUM 
SERANGGA SISIK

Serangga sisik ialah satu daripada banyak

jenis serangga penghisap yang memakan

tumbuhan. Serangga sisik berkelompok pada

tumbuhan, menghisap jus melalui muncungnya

yang halus, bak tiub.

     Serangga sisik betina melakukan kebanyakan

kerosakan. Serangga sisik jantan dewasa hanya

hidup cukup lama untuk mensenyawakan telur

serangga betina. Kebanyakan jenis serangga betina

berbentuk bujur. Panjangnya dari satu milimeter

hingga 2.5 sentimeter, bergantung pada

spesiesnya. Serangga sisik mendapat namanya

daripada kulitnya yang melekit atau bersisik yang

meliputi badannya. Sesetengah jenis serangga

betina hampir tidak kelihatan seperti serangga

sama sekali. Ia tidak mempunyai mata, sesungut

dan kaki dan jarang bergerak.

Ahli sains mengetahui lebih daripada 2000 jenis

serangga sisik. Serangga sisik San Jose adalah yang

terkenal dan paling berbahaya. Ia memakan banyak

jenis pokok buah dan pokok renek. Ia pertama kali

dijumpai di Amerika Syarikat dekat San Jose,

California, kira-kira pada tahun 1870. Satu lagi

serangga sisik yang menyerang pokok buah, iaitu

serangga sisik kekapas, yang pada satu masa

mungkin memusnahkan semua jenis pokok sitrus

di California.

Sesetengah serangga sisik adalah berguna.

Syelek, iaitu varnis yang didapati berasal daripada

serangga sisik yang dinamakan serangga lak (lihat

Lak ). Cochineal, iaitu pewarna, didapati daripada

serangga sisik cochineal . Satu jenis serangga sisik

digunakan sebagai barang kemas. Serangga ini

diliputi cangkerang, yang dikenali sebagai mutiara

tanah .

Pengelasan saintifik. Serangga sisik adalah anggota

order Hemiptera .

UMUM 

Kembali ke atas