Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.san] | کمسن

Definisi : 1. hasil kerja menghias sesuatu ruang: ~ begini menimbulkan seri dan membuat keadaan rumah tidak menjemukan; 2. sesuatu benda (kain, logam, dsb) yg diperelok bahagian permukaannya supaya kelihatan rapi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.san] | کمسن

Definisi : 1 apa-apa yg (telah) dikemaskan; bahagian yg dikemaskan: Mereka dilarang menyentuh ~ kerja yg baru saja dihasilkan itu. 2 bahan (spt lilin, cat) yg digunakan utk mengemaskan sesuatu: ~ yg biasa digunakan ialah cat minyak dan lilin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemasan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KULIT BUK

Kulit buk ialah kulit kemasan seperti baldu

yang diperbuat daripada kulit rusa.

UMUM 
STUKO

Stuko ialah bahan seperti plaster yang digunakan

pada bahagian luar dinding. Ia membentuk

penutup perlindungan yang keras. Stuko biasanya

terdiri daripada campuran pasir, air, dan simen.

Pekerja lazimnya menyapukan tiga lapis dengan

menggunakan kulir. Stuko boleh disapu dalam

banyak kemasan dan warna.

UMUM 
SYELEK

Syelek ialah cecair yang terbentuk daripada

kepingan resin yang dilarutkan dalam alkohol. Ia

digunakan sebagai varnis. Kepingan ini adalah

bentuk kering suatu bahan melekit yang

dinamakan resin lak (lihat Lak). Apabila syelek

disapu pada sesuatu permukaan, alkohol dalam

larutannya menyejat, meninggalkan kemasan yang

berkilat. Kepingan resin syelek berwarna kuning,

jingga, atau kemerahan, tetapi boleh dilunturkan

menjadi putih. Syelek juga digunakan dalam

pembuatan gula-gula, ubat, dakwat percetakan,

dalam bahan penebat, dan sebagai pengeras.

Lihat juga Lakuer; Resin; Varnis.

UMUM 

Kembali ke atas