MOORE, GERALD | Moore, Gerald (1899–1987) ialah pemain piano British yang mencapai kemasyhuran melalui kemahirannya sebagai pemuzik iringan. Muzik iringannya kepada penyanyi dan pemain violin dikagumi di seluruh dunia. Moore lahir di Watford, Hertfordshire, England. Dia menulis mengenai seni pemuzik iringan dalam The Unashamed Accompanist (1943) dan Singer and Accompanist (1953). Autobiografinya diterbitkan dalam dua jilid: Am I Too Loud? (1962) dan Farewell Recital (1978). Dia juga menulis Furthermore: Interlude in an Accompanist’s Life (1983). | UMUM | |
KAFKA, FRANZ | Kafka, Franz (1883–1924) ialah penulis Czechoslovakia yang meraih kemasyhuran di seluruh dunia hanya selepas Perang Dunia II (1939– 1945). | UMUM | |
TCHAIKOVSKY, PETER ILICH | Tchaikovsky, Peter Ilich (1840–1893) ialah penggubah Rusia yang pertama memperoleh kemasyhuran dunia. Dia merupakan tokoh pengorkestraan yang mempunyai bakat yang sangat unggul dalam menggabungkan bunyi instrumental dan mencapai kesan orkestra yang merangsangkan. Dia juga memiliki bakat mengarang melodi yang sangat istimewa. Tchaikovsky biasanya diperikan sebagai penggubah muzik yang pada dasarnya penuh kehibaan. Kebanyakan muziknya sangat menghibakan, terutama gerak terakhir dalam Symphony No. 6 yang digubahnya. Walau bagaimanapun, dia juga mengarang muzik yang penuh semangat, seperti Marche Slave dan overtur “1812”; muzik lirik seperti dalam puisi simfoni Romeo dan Juliet ; muzik balet yang bertenaga seperti dalam Nutcracker Suite ; dan simfoni yang berkesan. | UMUM | |
ROOSEVELT, THEODORE | Roosevelt, Theodore (1858–1919), Presiden Amerika Syarikat dari tahun 1901 hingga tahun 1909. Roosevelt mendapat kemasyhuran yang meluas sebagai Presiden dan menggunakan kuasa kepemimpinannya untuk menolong Amerika Syarikat mengatasi beberapa masalah dalam negara dan luar negara. | UMUM | |
KUROSAWA, AKIRA | Kurosawa, Akira (1910–1998), pengarah filem Jepun pertama yang termasyhur di seluruh dunia. Dia mencapai kemasyhuran dan terkenal di peringkat antarabangsa dengan filemnya yang berjudul Rashomon (1950). | UMUM | |
O'CASEY, SEAN | O’Casey, Sean (1880–1964), berkemungkinan penulis drama Ireland yang teragung pada zamannya. Dia lahir di kawasan sesak Dublin dan belajar sendirian. O’Casey memperoleh kemasyhuran apabila Abbey Theatre Dublin mementaskan tiga dramanya – The Shadow of a Gunman (1923), Juno and the Paycock (1924), dan The Plough and the Stars (1926). | UMUM | |
NOSTRADAMUS | Nostradamus (1503–1566) ialah nama Latin bagi Michel de Notredame, ahli astrologi dan doktor Perancis. Kemasyhurannya kerana bukunya Centuries (1555), satu siri ramalan dalam bentuk puisi. Kemasyhuran Nostradamus berkekalan pada tahun 1559 apabila Raja Henry II dari Perancis meninggal dunia sebagaimana yang diramal dalam Centuries. | UMUM | |
PASUKAN POLIS BERKUDA DIRAJA KANADA | Pasukan Polis Berkuda Diraja Kanada (RCMP) ialah sebuah jabatan penguat kuasa undang-undang di Kanada. Kemasyhuran Pasukan Polis Berkuda ini telah tersebar ke seluruh pelosok dunia semenjak ditubuhkan pada tahun 1873. Kini, pasukan tersebut menunggang motosikal dan tidak lagi menunggang kuda. Namun, masih banyak lagi buku-buku dan filem yang memperkatakan tentang pasukan polis berkuda ini. Lencana pasukan Polis Berkuda Diraja Kanada ini memaparkan cogan kata organisasi tersebut iaitu, Maintiens le droit (Pertahankan yang benar). | UMUM | |
TEILHARD DE CHARDIN, PIERRE | Teilhard de Chardin, Pierre (1881–1955) ialah ahli paleontologi (pakar dalam fosil) Perancis. Dia membantu menemui manusia Peking, salah satu jenis manusia terawal. Walau bagaimanapun, kemasyhuran Teilhard yang utama terletak pada teorinya tentang penyatuan evolusi kosmos dan agama Kristian. | UMUM | |
AUDUBON, JOHN JAMES | Audubon, John James (1785–1851), orang Amerika, antara mereka yang pertama mempelajari tentang burung dan melukis burung di Amerika Syarikat. Lukisan burungnya yang seakan hidup di dalam suasana semula jadi telah mendatangkan kemasyhuran dan kekayaan kepadanya. | UMUM | |