Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.tu] | کماتو

Definisi : 1. = keras ~ sangat keras: kulit tapak kakinya menjadi keras ~; buah manggis itu sudah ~; 2. kulit keras atau tebal yg terbentuk pd bahagian kaki disebabkan geseran atau tekanan; berkematu menjadi kematu: tangan yg kasar dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.tu] | کماتو

Definisi : 1 kulit yg keras atau tebal yg terbentuk, terutamanya pd bahagian kaki (disebabkan geseran atau tekanan). 2 = berkematu keras: keras ~ sangat keras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kematu (adjektif)
Bersinonim dengan sangat keras, tematu, tembatu, kasap.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEMATU

Kematu ialah tebalan yang kecil, keras, dan

berkilat pada epidermis (lapisan luar kulit).

Ketumbuhan yang tebal ini menekan dermis

(lapisan kulit yang lebih dalam) dan

menyebabkannya menjadi nipis dan lembut.

Tekanan dan geseran menyebabkan tumbuhnya

kematu. Oleh itu, kematu sering kali tumbuh pada

sendi jari kaki seseorang yang memakai kasut yang

tidak sepadan. Walau bagaimanapun, kematu

mungkin terbentuk di mana-mana sahaja pada

badan apabila tekanan dan geseran mencederakan

kulit. Kematu lembut biasanya terdapat di antara

jari-jari kaki. Di sini, kulit yang menebal itu akan

sentiasa lembut kerana sentiasa dibasahi peluh.

UMUM 
SALTBUSH

Saltbush ialah nama yang popular bagi lebih

daripada 1400 spesies (jenis) tumbuh-tumbuhan di

Australia. Ia adalah separa pokok renek atau herba

kayu lembut yang tahan kemarau. Kebanyakannya

berwarna kelabu-hijau atau keperakan. Ia

dinamakan saltbush kerana sifatnya yang masin

dan kerana ia tumbuh di rawang masin dan kematu

garam masin dan di pesisir laut. Kebanyakan

saltbush, terutamanya jenis pedalaman, adalah

foder yang sangat baik.

Pengelasan saintifik. Saltbush jenis yang paling

biasa tergolong dalam famili goosefoot,

Chenopodiaceae, genus Atriplex .

UMUM 

Kembali ke atas