SURATMAN MARKASAN | Kapsyen1"> :1"> Suratman Markasan SURATMAN MARKASAN, (1930- ), penulis Singapura. Dia lahir pada 29 Disember 1930 di Pasir Panjang, Singapura. Suratman mendapat pendidikan sekolah Melayu hingga Darjah Tiga. Semasa Perang Dunia Kedua, dia terpaksa berhenti sekolah dan melakukan berbagai-bagai pekerjaan. Pada tahun 1946, Suratman kembali bersekolah di Darjah Lima di Sekolah Melayu Sepoy Lines. Dari tahun 1948 hingga tahun 1950, dia melanjutkan pelajarannya di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim. | SASTERA | Tokoh |
CINA BUTA | CINA BUTA, peranan yang dimainkan oleh sang perantara sementara yang berstatus suami dalam keadaan perkahwinan yang telah mengalami talak tiga. Panggilan umum terhadap suami begini ialah ‘muhalil’ (yang menghalalkan) kerana perkahwinan dengannya membolehkan bekas suami mengahwini kembali isterinya yang telah diceraikan dengan talak tiga. 1"> | BUDAYA | Konsep |
CIUNG WANARA | CIUNG WANARA, salah satu cerita pantun yang dianggap keramat oleh masyarakat Sunda, terutama daerah Galuh-Ciamis, di samping Lutung Kasarung dan Mundinglaya di Kusumah. Tidak ada seorang pun jurupantun yang berani mengisahkannya, kecuali mereka sudah ‘membersihkan diri’ dan memohon perkenan daripada nenek moyang mereka. Cerita pantun Ciung Wanara telah disusun kembali oleh Ajip Rosidi dan diterbitkan pada tahun 1972 oleh Pustaka Jaya, Indonesia. 1"> | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
CIREBON | CIREBON, pusat pemerintahan, yang pada asalnya adalah sebahagian daripada kerajaan Hindu Pajajaran. Selepas tahun 1552, Kesultanan Islam telah ditubuhkan oleh Falatehan atau Fatahillah, yang juga telah menubuhkan kerajaan Banten. Falatehan, anak kepada Maulana Machdar Ibrahim, dipercayai telah meninggalkan kampungnya di Pasai apabila Pasai ditakluk oleh Portugis. Dia tiba di Sunda selepas menunaikan haji di Makkah. Sesetengah pihak mempercayai bahawa Falatehan dan Sunan Gunung Jati adalah orang yang sama. Purwaka Caruban Nagari membezakan kedua-dua tokoh ini. Teks itu mengaitkan Sunan Gunung Jati adalah anak Syarif Hidayatullah, hasil perkahwinan antara Syarif Abdullah, anak Raja Mesir dengan Rara Santang, seorang puteri Pajajaran, yang menunaikan haji bersama-sama abangnya atas nasihat guru agama mereka, Syeh Datu Kahfi. Selepas menamatkan pengajian agama dan kembali daripada perantauan, Syarif Hidayatullah dikatakan menetap berhampiran Gunung Jati di Cirebon dan menjadi salah seorang daripada wali sembilan. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |