Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kem.ban] | کمبن

Definisi : kain yg dibelitkan di badan utk me­nutup dada (perempuan); berkemban 1. memakai kemban; 2. me­makai kain sarung hingga ke paras dada (tidak berbaju): beberapa orang perempuan yg kelihatan ~ sedang mencuci baju di perigi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.ban] | کمبن

Definisi : kain yg dipakai oleh orang perempuan utk menutup dada. berkemban 1 memakai kemban. 2 memakai kain sarung, tuala dsb hingga ke paras dada saja (tidak berbaju). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemban


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAKAIAN CIK SITI WAN KEMBANG

PAKAIAN ClK SITI WAN KEMBANG, pakaian tradisi kaum wanita Kelantan yang terdiri daripada sehelai kain sarung dan dua helai kain panjang yang digunakan untuk kemban dan penutup kepala hinggalah ke bahu.  Fesyen ini dipercayai menjadi kegemaran Cik Siti Wan Kembang, raja perempuan Negeri Kelantan, pada awal abad ke-17.  Pakaian kemban telah direkodkan oleh penulis Portugis pada awal abad ke-15 sebagai pakaian tradisi wanita Melayu.

BUDAYAPakaian

Kembali ke atas