Kemboja ialah negara di Asia Tenggara yang
bersempadan dengan Thailand, Laos, dan Vietnam.
Negara ini juga dikenali sebagai Kampuchea. Nama
ini ialah satu variasi ejaan Kemboja. Pada tahun 1989,
kerajaan negara ini mengisytiharkan bahawa nama
itu ditukar daripada Kampuchea kepada Cambodia.
DAENG KEMBOJA (? -1777), Yang Dipertuan Muda Riau yang ketiga (1745). Dia lahir di Siantan. Bapanya Daeng Parani putera sulung Raja Bugis, Opu Tendribureng Daeng Rilaka. Ibu Daeng Kemboja orang Siantan, anak Nakhoda Alang.
Phnom Penh ialah ibu negara Kemboja. Ia
terletak di bahagian selatan tengah negara itu di
mana Tasik Tonle Sap dan Sungai Bassac bertemu
dengan Sungai Mekong. Untuk lokasi Phnom Penh,
lihat Kemboja (peta). Phnom Penh berfungsi
sebagai pusat perdagangan dan industri Kemboja.
Ia mempunyai kilang penyulingan, kilang padi dan
kilang tekstil.
RAJA ALI IBNI DAENG KEMBOJA (? – 1805), Yamtuan Muda Johor yang kelima (1784-1805). Dia adalah putera Yamtuan Muda Daeng Kemboja dengan Raja Fatimah binti Daeng Marewah. Dia dilantik sebagai Yamtuan Muda menggantikan Raja Haji yang mangkat di Teluk Ketapang pada tahun 1784.
Norodom Sihanouk (1922– ) ialah raja
Kemboja. Baginda mula-mula menjadi raja pada
tahun 1941, tetapi turun takhta pada tahun 1955
untuk memasuki politik. Sihanouk mengambil
semula gelaran raja pada tahun 1993, berikutan
kepulangannya dari pembuangan negara di China.
Di bawah syarat Perlembagaan 1993 Kemboja, raja
berfungsi sebagai “simbol perpaduan dan
kesinambungan negara”. Baginda hampir tidak
berpengaruh dalam hal ehwal harian negara, tetapi
mendapat sokongan majoriti rakyat Kemboja.
Khmer lihat Kemboja.
Khmer Rouge lihat Kemboja.
Angkor ialah tamadun awal yang berkembang
subur di barat laut Kemboja sejak awal tahun 800-
an hingga 1400-an. Ibu negeri yang paling terkenal
bagi tamadun ini juga dinamakan Angkor atau
Angkor Thom.
Kouprei ialah sejenis lembu liar yang hidup
di Kemboja. Ia juga dikenali sebagai lembu
hutan Indochina.
Thanks for clicking. That felt good.