Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.me.lé.sé.tan] | کمليسيتن

Definisi : keadaan meleset, kemunduran (perdagangan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.me.lé.sé.tan] | کمليسيتن

Definisi : keadaan meleset: ~ ekonomi telah mendatangkan kesan buruk kpd pembangunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
meleset2 (kata kerja)
Bersinonim dengan merosot, mundur, menurun, menyusut, lembap;,
Kata Terbitan : kemelesetan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEMELESETAN BESAR UMUM 
KEMELESETAN UMUM 
ZAMAN KEMELESETANSuatu era kemelesetan ekonomi dunia yang teruk yang berlaku sekitar tahun 1929 hingga 1939.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
TAWARAN BARU

Tawaran Baru ialah rancangan Presiden Franklin

D. Roosevelt untuk menyelamatkan Amerika Syarikat

daripada Kemelesetan Besar pada tahun 1930-an.

Tawaran Baru ini tidak menamatkan kemelesetan.

Namun rancangan ini melegakan kegawatan

ekonomi dan meneguhkan kepercayaan di kalangan

rakyat Amerika Syarikat terhadap sistem demokrasi,

manakala negara lain yang turut mengalami

kemelesetan beralih kepada kerajaan diktator.

Roosevelt mula menggunakan istilah tawaran baru

apabila dia menerima pencalonan jawatan presiden

oleh parti Demokratik pada tahun 1932. “Saya

menjanjikan satu tawaran baru untuk semua rakyat

Amerika Syarikat,” katanya.

UMUM 
STEINBECK, JOHN

Steinbeck, John (1902–1968) ialah pengarang

Amerika yang menerima Hadiah Nobel tahun 1962

bagi kesusasteraan. Fiksyen Steinbeck yang paling

terkenal membawa pembaca menyelami perit jerih

perjuangan hidup orang miskin. Novelnya yang

paling terkenal, The Grapes of Wrath (1939)

memenangi Hadiah Pulitzer 1940. Novel itu

mengisahkan tentang sebuah keluarga petani miskin,

iaitu keluarga Joads dari Oklahoma, yang berhijrah ke

California untuk mencari kehidupan yang lebih baik

ketika Zaman Kemelesetan pada tahun 1930-an.

Steinbeck berjaya menggambarkan dengan berkesan

bagaimana perit jerih perjuangan sebuah keluarga

mencerminkan kesengsaraan hidup rakyat di seluruh

negara. Melalui inspirasi Jim Casy, seorang pengurus

tenaga buruh, keluarga Joads mengetahui bahawa

orang miskin perlu bekerjasama untuk hidup.

UMUM 

Kembali ke atas