PERTEMPURAN ASHDOWN | Pertempuran Ashdown (871 M.) ialah pertempuran yang berlaku semasa kempen Denmark untuk menakluki England pada akhir tahun 800–an M. | UMUM | |
ANTHONY, SUSAN BROWNELL | Anthony, Susan Brownell (1820–1906), reformis Amerika dan salah seorang pemimpin awal kempen yang memperjuangkan hak wanita. Dia membantu mengendalikan pergerakan yang memperjuangkan hak mengundi wanita di Amerika Syarikat, yang bergerak untuk mendapatkan hak mengundi kaum wanita. | UMUM | |
KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN | Kementerian Penerangan Malaysia (KemPen), agensi pengurusan maklumat dan perhubungan awam kerajaan. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
NEY, MICHEL | Ney, Michel (1769–1815), salah seorang askar terbaik Napoleon Bonaparte. Dia berkhidmat dengan cemerlang dalam kempen pada tahun 1792, apabila Tentera Perancis Utara mengalahkan orang Prussia dan orang Austria. Keberanian dan kemahiran ketenteraannya tidak lama selepas itu menjadikannya askar yang paling dikenali. Napoleon menjadikannya marsyal Perancis pada tahun 1804. Dia menerima gelaran Duke of Elchingen kerana mengalahkan orang Austria di Elchingen pada tahun 1805. | UMUM | |
TILAK, BAL GANGADHAR | Tilak, Bal Gangadhar (1856–1920) ialah ahli politik dan wartawan India, pemimpin awal di dalam kempen untuk kemerdekaan India daripada penjajahan British. | UMUM | |
TIKUS TOBRUK | Tikus Tobruk ialah pasukan tentera Pihak Berikat dalam Perang Dunia II, yang mampu bertahan dalam satu pengepungan selama lapan bulan, semasa kempen Afrika Utara pada tahun 1941. Pasukan tentera Berikat telah dikepung oleh Kor Jerman Afrika di Tobruk, yang terletak di pesisiran pantai Libya, setelah keseluruhan Tentera Inggeris berundur dari situ. Mereka bertahan dari 11 April hingga 10 Disember, apabila tentera Jerman menghentikan kepungan itu. | UMUM | |
SETI I | Seti I (memerintah pada tahun 1303–1290 S.M.) ialah raja Mesir purba. Pada peringkat awal pemerintahannya, baginda telah mengadakan sekurang-kurangnya dua kempen di Syria sebagai usaha untuk merisik perkembangan kaum Hitit dan menubuhkan semula empayar Thutmose III di Palestin dan Syria. Seti membina Kuil Abydos. Baginda juga menghiasi tembok Great Hypostyle Hall (dewan yang bertiang) di Karnak, yang dimulakan oleh ayahanda Ramses I dan disempurnakan oleh puteranya Ramses II. Makamnya yang merupakan binaan paling indah di Lembah Raja, telah ditemui pada tahun 1817 manakala mumianya bersama-sama dengan mumia Ramses II ditemui pada tahun 1881, dalam satu makam lain berhampiran Dayr al-Bahri. | UMUM | |
SHARP, GRANVILLE | Sharp, Granville (1735–1813) ialah pemimpin gerakan menentang perhambaan di Britain. Pada tahun 1772, usahanya berhasil apabila undang-undang memutuskan bahawa hamba yang memasuki wilayah British adalah bebas secara automatik. Cadangan Granville Sharp supaya tanah jajahan membebaskan hamba dikuatkuasakan di Sierra Leone pada tahun 1787. Sharp menjalankan kempen menentang kumpulan yang menindas dan membantu menubuhkan Persatuan Bible British dan Asing (British and Foreign Bible Society) pada tahun 1804. Granville Sharp lahir di Durham, England. | UMUM | |
THE BULLETIN | The Bulletin ialah majalah mingguan Australia. Pada tahun 1890-an, ia menjadi penyokong kuat Australianisme. Ia mempunyai pengaruh yang amat penting dalam kesusasteraan Australia. Semasa ia mula diterbitkan pada tahun 1880, The Bulletin memberikan tumpuan kepada bidang sosial dan politik dalam bidang kewartawanan. Ia menyokong idea Australia bagi orang Australia, menjalankan kempen bagi persekutuan koloni Australia, dan mengecam eksploitasi seberang laut terhadap Australia. Di bawah kepimpinan J.F. Archibald, pengasas bersama dan editor, The Bulletin mengasah bakat ramai penulis dan pelukis, termasuk Henry Lawson dan Banjo Paterson. | UMUM | |
SURUHANJAYA REID | Kapsyen : Dato’ Onn Jaafar sedang menunjukkan memorandum UMNO-MCA kepada Suruhanjaya Reid, semasa kempen Pilihan Raya 1955 SURUHANJAYA REID, badan yang dibentuk bagi mendraf perlembagaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Badan ini terbentuk hasil daripada pertemuan dan perbincangan kemerdekaan Tanah Melayu di London dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Setia Usaha Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi, Menteri Negeri United Kingdom dan wakil Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan wakil raja-raja Melayu yang diketuai oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |