TIMOTHY | Timothy ialah salah seorang daripada sahabat Saint Paul . Dia berkemungkinan lahir di Lystra, di Asia Kecil. Bapanya berbangsa Yunani dan ibunya Yahudi (Acts 16:1, II Timothy 1:5). Dia dipercayai memeluk agama Kristian apabila Paul bermusafir untuk mengembangkan agama buat pertama kali dan telah bercakap dengannya. Walau bagaimanapun, Paul tidak pernah berbincang tentang pertemuan pertama mereka dan Timothy hanya dikenali sebagai pengikut apabila dia bertemu Paul di Lystra (Acts 16:1–3). Timothy mengikut Paul dalam perjalanannya yang kedua dan dia dikenali sebagai sahabat dan teman seperjalanan Paul yang dipercayai sehingga kematiannya. Timothy kemudian mengambil alih tempat Paul sebagai biskop Gereja Ephesus. Dia dipercayai mati kerana agama lebih kurang pada tahun 100 M. | UMUM | |
SNELL, PETER | Snell, Peter (1938– ), salah seorang pelari jarak sederhana yang terhebat. Pada tahun 1962, dia mencipta tiga rekod dunia, iaitu untuk acara lumba lari sebatu (3 minit 54.4 saat), acara 880 ela (1 minit 45.1 saat), dan acara 800 meter (1 minit 44.3 saat). Penyertaannya dalam Sukan Olimpik sebanyak dua kali menghasilkan tiga pingat emas untuknya. Dia menjuarai acara 800 meter kejohanan tahun 1960 di Rom. Kemudian, pada sukan tahun 1964 di Tokyo, dia memenangi acara 800 meter dan 1500 meter. Snell lahir di Opunake, di Pulau Utara, New Zealand. Dia bersara daripada bidang olahraga pada tahun 1965. | UMUM | |
SULTAN IBRAHIM | Kapsyen1"> :1"> Sultan Ibrahim SULTAN IBRAHIM (1873-1959), Sultan Johor (1895-1959). Baginda adalah raja Melayu yang paling lama memerintah. Baginda diputerakan pada 17 September 1873 di Istana Bidadari, Singapura. Baginda adalah putera Sultan Abu Bakar dan Encik Besar Zubidah. Setelah mendapat pendidikan asas, baginda menjalani latihan ketenteraan dengan Angkatan Timbalan Setia Negeri Johor. Baginda kemudian ditauliahkan sebagai leftenan muda dan dilantik sebagai juruiring ayahanda baginda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN BADLISHAH | Kapsyen1"> :1"> Sultan Badlishah SULTAN BADLISHAH (1894-1958), Sultan Kedah yang ke-27 (1943-1958). Baginda diputerakan pada 17 Mac 1894, di Alor Setar, Kedah. Baginda adalah putera Sultan Abdul Hamid dengan bondanya Tunku Sofiah Tunku Mahmud. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jalan Baharu, Alor Setar. Kemudian, baginda melanjutkan pelajaran di Sekolah Diraja, di Bangkok, Thailand. Pada tahun 1912, baginda berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran di Wadham College, Oxford dalam bidang ekonomi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SUTAN TAKDIR ALISJAHBANA | Kapsyen1"> :1"> Sutan Takdir Alisjahbana SUTAN TAKDIR ALISJAHBANA (1908-1994), penulis dan budayawan Indonesia. Dia lahir di Natal, Tapanuli, Sumatera, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Belanda, Bengkulu. Selepas itu dia melanjutkan pengajiannya di Sekolah Penguruan di Bukittinggi, Lahat, dan Muara Enim. Kemudian dia meneruskan pengajiannya di Sekolah Perguruan Tinggi di Bandung, dan Fakultas Hukum, Universitas Indonesia, Jakarta. Seterusnya dia mempelajari ilmu bahasa umum, kebudayaan Asia Timur dan falsafah. | BAHASA | Tokoh |
SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SYAH | Kapsyen1"> :1"> Sultan Ismail Nasiruddin Syah SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SYAH (1907-1979), Sultan Terengganu yang ke-15 (1945-1979). Baginda diputerakan pada 24 Januari 1907 di Kuala Terengganu, Terengganu. Nama penuh baginda ialah Raja Ismail ibni Sultan Zainal Abidin. Baginda adalah putera Sultan Zainal Abidin III (1881-1919). Baginda mendapat pendidikan awal di Kuala Terengganu. Kemudian baginda menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SU'UT TAHIR, TAN SRI | Kapsyen1"> :1"> Su’ut Tahir SU’UT TAHIR, Tan Sri (1909-1981), penentang penjajahan British, ahli politik. Dia lahir pada 7 Jun 1909 di Kampung Masjid, Kuching, Sarawak. Su’ut mendapat pendidikan awal di Madrasah Melayu Sarawak, Kuching, hingga Darjah Enam. Kemudian dia menyambung pelajarannya di Sekolah St. Thomas, Kuching, hingga Darjah Lima. Setelah tamat belajar, dia bekerja di Hospital Kuching sebagai pembantu perubatan selama lebih 20 tahun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN YUSUF IZZUDDIN SYAH | Kapsyen1"> :1"> Sultan Yusuf Izzuddin Syah SULTAN YUSUF IZZUDDIN SYAH (1890-1963), Sultan Perak yang ke-32 (1948-1963). Baginda adalah putera Sultan Abdul Jalil (Marhum Radhiallah). Baginda diputerakan pada 15 Januari 1890 di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Baginda mendapat pendidikan Melayu sebelum memasuki Hoger School, Kuala Kangsar (yang kemudiannya dikenal sebagai Clifford School). Kemudian baginda menyambung pelajarannya di Maktab Melayu, Kuala Kangsar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
LILIN MINERAL | Lilin mineral. Kebanyakan lilin berasal daripada petroleum. Pembuat menyejukkan dan menuras minyak petroleum dan kemudian menggunakan pelbagai proses kimia untuk memisahkan lilin daripadanya. Ada tiga jenis utama lilin petroleum: (1) lilin parafin, (2) lilin mikrohabluran, dan (3) petrolatum. Lilin ini berbeza dari segi warna, kekerasan, dan takat leburnya. | UMUM | |
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH | Kapsyen1"> :1"> Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH (1946- ), Sultan Brunei Darussalam yang ke-29. Baginda diputerakan pada 15 Julai 1946 di Istana Darussalam, Bandar Seri Begawan, Brunei. Baginda adalah putera sulung Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Baginda menerima pendidikan awal secara tuisyen peribadi di Sekolah Khas, Istana Darul Hana pada awal tahun 1950-an. Kemudian baginda menuntut di Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jamalul Alam, Bandar Brunei pada tahun 1955. Dari tahun 1956 hingga tahun 1961, baginda menuntut di Sekolah Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Antara tahun 1961 hingga tahun 1963, baginda melanjutkan pelajaran di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Pada tahun 1964, baginda meneruskan pelajaran di Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Brunei. Dari tahun 1966 hingga tahun 1967, baginda mengikuti pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, England bagi menjalani latihan ketenteraan sebagai pegawai kadet. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |