HARI-HARI TERAKHIR SEORANG SENIMAN | Novel pertama karya Anwar Ridhwan. Novel ini memenangi “Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah” yang diadakan pada tahun 1979. Kemudian novel ini diterbirkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1979. | SASTERA | Karya |
ROOKE, SIR GEORGE | Rooke, Sir George (1650–1709), laksamana Inggeris, panglima besar armada dalam angkatan laut yang menawan Gibraltar pada tahun 1704. Beberapa hari kemudian, dia ditentang oleh armada Perancis yang lebih besar di luar pantai Gibraltar. Pertempuran itu tidak memberi sebarang keputusan. Selepas pertempuran itu, Perancis tidak lagi membuat sebarang percubaan untuk menawan Gibraltar. | UMUM | |
RABU | Rabu ialah nama hari keempat dalam seminggu. Dalam bahasa Inggeris hari Rabu disebut Wednesday . Hari tersebut mendapat namanya daripada Woden, atau Odin, iaitu ketua dewa dalam mitologi Teutonik yang dianggap suci. Pada awal era Kristian, orang Jerman menggelarnya hari Woden. Kemudian, nama tersebut ditukar kepada Wednesday. Orang Rom menamakan hari keempat dalam seminggu ini sempena planet Utarid (Mercury), yang dipercayai mengawal jam pertama pada hari itu. Planet itu pula telah dinamakan sempena dewa Merkuri. Dari sinilah timbulnya perkataan Latin Dies Mercurii . Bahasa Rom yang berasaskan bahasa Latin masih mengekalkan nama ini. Contohnya bahasa Perancis menggelar Wednesday sebagai mercredi . Rabu berasal daripada bahasa Arab al- Arbi‘a’ , iaitu hari keempat dalam seminggu. | UMUM | |
OSWALD, LEE HARVEY | Oswald, Lee Harvey (1939–1963), dituduh membunuh John F. Kennedy, presiden Amerika Syarikat, pada 22 November 1963, di Dallas, Texas. Dua hari kemudian, ketika berjuta-juta orang menonton peristiwa itu di televisyen, Oswald dibunuh. Dia ditembak mati oleh pemilik kelab malam Dallas, Jack Ruby, semasa sedang dipindahkan dari penjara bandar ke penjara wilayah di Dallas. Ruby merempuh pegawai-pegawai polis yang mengelilingi Oswald untuk menembaknya. | UMUM | |
NOVEMBER | November ialah bulan ke-11 dalam satu tahun mengikut kalendar Gregory, yang digunakan hampir seluruh dunia hari ini. Ia mendapat namanya daripada novem, perkataan Latin bagi sembilan . Dalam kalendar awal orang Rom, November ialah bulan kesembilan. Oleh sebab Julai dinamakan sempena Julius Caesar dan Ogos bagi Augustus Caesar, Senat Rom menawarkan bulan ke-11 sempena Tiberius Caesar. Dia dengan hormat menolaknya, dengan berkata, “Apakah yang anda akan lakukan jika anda mempunyai 13 orang maharaja?” Pada asalnya bulan November mempunyai 30 hari, kemudian 29, dan 31. Sejak zaman Augustus, ia telah mempunyai 30 hari. | UMUM | |
PERJUDIAN BOLA SEPAK | Perjudian bola sepak ialah suatu bentuk perjudian yang popular di United Kingdom. Berjuta-juta orang mengambil bahagian dalam perjudian bola sepak ini. Mereka mempertaruhkan sejumlah wang yang kecil dan cuba meramalkan keputusan perlawanan bola sepak. Ramai orang yang bermain judi ini mendengar dengan cemas siaran keputusan perlawanan pada setiap hari Sabtu pada musim perlawanan bola sepak. Mereka berharap telah membuat ramalan yang tepat dan memenangi hadiah. Pada hari-hari tertentu apabila banyak perlawanan tidak dapat diadakan kerana cuaca buruk, sekumpulan orang yang dilantik khas yang dikenali sebagai panel perjudian membuat penetapan tentang keputusan yang mungkin tercapai sekiranya perlawanan tersebut benar-benar diadakan. Hadiah perjudian ini kemudian diberi berasaskan keputusan panel tersebut. | UMUM | |
SEPTEMBER | September ialah bulan kesembilan dalam setahun menurut kalendar Gregory yang kini digunakan hampir di seluruh dunia. September merupakan bulan ketujuh dalam kalendar lama Rom purba dan namanya berasal daripada perkataan Latin, Septem yang bermaksud tujuh . Kemudian September menjadi bulan kesembilan apabila orang Rom purba menggerakkan permulaan tahun mereka dari 1 Mac kepada 1 Januari. September mempunyai 29 hari, 31 hari, dan 30 hari sejak zaman maharaja Rom Augustus. | UMUM | |
ANTI-CHRIST | Anti-Christ adalah kuasa atau orang yang menentang Jesus Christ. Menurut kitab Bible, Anti- Christ akan berkuasa sebelum Hari Pengadilan, tetapi kemudian dikalahkan oleh Christ. Gagasan tentang perang akhir antara yang baik dengan yang jahat wujud di kalangan orang Babylon, Iraq, dan Yahudi sebelum diterima oleh Kristian. Istilah A nti- Christ muncul hanya dalam Warkah John yang Pertama dan Kedua. Konsep Anti-Christ muncul dalam Wasiat Baru. Sebagai contoh, konsep ini dilambangkan dalam Book of Revelation sebagai sejenis haiwan, satu bentuk Iblis. | UMUM | |
OGOS | Ogos ialah bulan kelapan dalam sesuatu tahun menurut kalendar Gregory, kini digunakan hampir di seluruh dunia. Di kalangan orang Rom, bulan ini dikenali sebagai Sextilis , yang bermakna keenam . Mereka kemudian menamainya semula sebagai penghormatan kepada maharaja Augustus. Sewaktu pemerintahan Augustus, Senat Rom memanjangkan bulan ini menjadi 31 hari dengan mengambil satu hari dari bulan Februari. | UMUM | |
MESIN BASUH | Mesin basuh ialah alat membasuh pakaian, linen, dan barangan lain dengan cepat. Sebelum mesin basuh dicipta, manusia menghabiskan masa berjam-jam membasuh pakaian dengan tangan. Sesetengah orang merendam pakaian mereka di dalam sungai dan kemudian memukulnya dengan batu untuk mengeluarkan kotoran. Kemudian, orang menyental basuhan mereka di atas papan basuhan. Sesetengah orang masih lagi menggunakan kaedah tersebut sehingga ke hari ini. | UMUM | |