Keluli tahan karat ialah nama kumpulan keluli aloi yang tahan terhadap pengaratan dan bentuk kakisan lain. Sebagai kumpulan, keluli tahan karat kelihatan menarik dan mudah disenggara. Keluli jenis ini menunjukkan keutuhan dan kemuluran yang luar biasa dan unik dari segi ketahanan umum terhadap cuaca serta kebanyakan jenis bahan pengakis lain. Kebanyakan keluli tahan karat yang digunakan di kediaman digilap dengan baik dan kelihatan bersinar bak perak tetapi keemasan ini tidak diperlukan untuk menghalang kakisan. Keluli dengan lapisan tahan karat pula biasanya ialah keluli biasa yang disadur dengan selapisan keluli tahan karat pada satu bahagian atau kedua-dua bahagian permukaannya. |