KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN | Keluk kemungkinan pengeluaran, keluk yang menunjukkan kombinasi pengeluaran yang cekap antara dua barang dengan andaian bahawa faktor-faktor pengeluaran dan teknologi yang digunakan adalah tetap. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Kaedah |
KAUNSELING GENETIK | Kaunseling genetik ialah teknik menentukan kemungkinan bayi yang bakal lahir. Pakar bidang ini yang digelar kaunselor genetik dapat membuat ramalan yang tepat kemungkinan pasangan suami isteri itu melahirkan anak yang mengalami cacat keturunan. | UMUM | |
TAOISME | Taoisme ialah satu falsafah yang bermula di China, kemungkinan pada tahun 300-an S.M. Ia juga adalah nama satu agama yang bermula kira-kira pada tahun 100-an S.M. Sepanjang beberapa abad seterusnya, falsafah ini telah mempengaruhi ramai para pelukis dan penulis di Timur dan Barat. | UMUM | |
ALI-ALI | Ali-ali ialah sejenis senjata yang paling kuno. Kemungkinan, tarbil merupakan senjata yang pertama direka bentuk untuk melontar batu dengan lebih kuat berbanding dengan lontaran yang mampu dilakukan oleh manusia dengan tangan. | UMUM | |
PERTUBUHAN PERJANJIAN ATLANTIK UTARA (NATO) | Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyediakan kepimpinan ketenteraan yang bersatu untuk pertahanan bersama 16 buah negara Barat. NATO ditubuhkan pada tahun 1949 oleh negara yang bersekutu di bawah pakatan ini. Pakatan ini menyediakan pertahanan bersama terhadap kemungkinan serangan oleh Kesatuan Soviet atau penyerang yang lain. Menurut pakatan ini, serangan bersenjata yang dilakukan ke atas satu atau lebih negara anggota di Eropah atau Amerika Utara akan dianggap sebagai serangan ke atas kesemua negara anggota dalam perikatan ini. | UMUM | |
ORANG ETRUSCAN | Orang Etruscan ialah penduduk yang tinggal di Etruria (kini Tuscany, Umbria, dan Latium) di Itali. Etruria meliputi kawasan Sungai Arno di utara hingga ke Sungai Tiber di selatan, dan dari Pergunungan Apennines di timur hingga ke Laut Tyrrhenian di barat. Kebanyakan sarjana hari ini percaya bahawa Etruscan datang ke Etruria pada kira-kira tahun 800 S.M. dari timur, kemungkinan melalui jalan laut. | UMUM | |
NUFAYR IBN MALIK | Nufayr ibn Malik (?–80 H./?–699 M.) ulama hadith. Nama sebenarnya ialah al-Imam al-Kabir Nufayr ibn Malik ibn Amir Abu Abd al-Rahman al- Hadramiy al-Himsiy. Dia sempat mengenali Rasulullah s.a.w. dan mengunjungi Baginda seperti yang disebut oleh Ibn al-Athir. Dia meriwayatkan hadith daripada Abu Bakar (dipercayai kemungkinan dia pernah berjumpa dengan Abu Bakar), ‘Umar, al-Miqdad, Abu Dhar, Abu Darda, Aishah dan sahabat-sahabat lain. Hadith-hadith Nufayr ibn Malik diriwayatkan pula oleh anaknya Abd al-Rahman, Makhul, Khalid ibn Mi dan beberapa orang lagi. Dia tergolong dalam kalangan ulama hadith yang pakar. Hadithnya terdapat dalam semua kitab hadith kecuali kitab Sahih al-Bukhariy . Ini adalah kerana Nufayr ibn Malik meriwayatkan hadith daripada sahabat-sahabat tanpa berjumpa dengan mereka, sedangkan al-Bukhariy tidak menerima sesuatu hadith kecuali guru yang meriwayatkan hadith berjumpa sendiri dengan perawinya. Nufayar ibn Malik dikatakan meninggal dunia pada tahun 75 H. | UMUM | |
SNORRI STURLUSON | Snorri Sturluson (1179–1241) ialah penyair dan ahli sejarah Iceland, pada Zaman Pertengahan. Hasil karyanya yang utama ialah Heimskringla (Circle of the World ), yang mengisahkan sejarah raja Norway yang bermula dari asal usul mereka hinggalah ke zamannya, dan juga Prose Edda. Kemungkinan dia juga menulis The Saga of Egill Skallagrimsson, salah satu saga Iceland yang terbaik tentang seorang penyair hebat tahun 900- an, yang juga salah seorang nenek moyang Snorri. Snorri seorang yang kaya dan berkuasa di Iceland. Pada akhir hayatnya, dia terlibat dalam perebutan kuasa di Norway yang menyebabkan dia dibunuh atas arahan raja Norway. Lihat juga Edda. | UMUM | |
TASIK SAINT CLAIR | Tasik Saint Clair, terletak di hujung selatan Taman Negara Gunung Cradle – Tasik Saint Clair di bahagian tengah dataran tinggi Tasmania, iaitu sebuah negeri pulau di Australia. Tasik ini mempunyai kawasan seluas 2851 hektar. Tasik ini merupakan punca Sungai Derwent, iaitu sungai yang terbesar di pulau tersebut. Penjelajah belukar membuat perjalanan di sepanjang denai merentasi taman selama tiga hari. Pondok-pondok perlindungan didirikan dalam jarak berjalan kaki yang dekat kerana kemungkinan perubahan cuaca yang mendadak daripada cuaca musim panas kepada keadaan ribut salji. | UMUM | |
PERTEMBUNGAN BAHASA | PERTEMBUNGAN BAHASA, keadaan sosiobudaya yang memungkinkan sesuatu bahasa mempengaruhi bahasa lain. Pertembungan bahasa terjadi di seluruh dunia, apa lagi di Nusantara yang kaya dengan pelbagai bahasa dan pelbagai kemungkinan. Pertembungan dua bahasa di sesuatu daerah akan menghasilkan beberapa gejala sosiolinguistik. | BAHASA | Konsep |