KAKISAN | Kakisan ialah kemusnahan sesuatu bahan disebabkan oleh tindakan kimia sesuatu gas atau cecair. Kakisan berlaku terutamanya pada logam, tetapi ia juga boleh menjejaskan seramik. | UMUM | |
NAHAS KAPAL | Nahas kapal ialah kemusnahan atau kehilangan sesebuah kapal. Nahas kapal disebabkan oleh pelbagai punca. Sebuah kapal mungkin musnah kerana kebakaran atau ia mungkin tenggelam selepas bertembung dengan kapal lain. | UMUM | |
PERANG DUNIA I | Perang Dunia I (1914–1918) melibatkan lebih banyak negara dan menyebabkan lebih besar kemusnahan daripada sebarang perang lain kecuali Perang Dunia II (1939–1945). Peluru pembunuh di Austria-Hungary mencetuskan perang, dan sistem perikatan tentera menjerumuskan kuasa-kuasa besar Eropah ke dalam kancah peperangan. Setiap pihak menjangkakan kemenangan segera. Tetapi perang berlaku selama empat tahun dan mengorbankan hampir 10 juta askar. | UMUM | |
SHEPARD, SAM | Shepard, Sam (1943– ), penulis drama dan pelakon filem Amerika. Dramanya yang terkenal menggambarkan masyarakat Amerika sebagai mati, merosot, atau mengalami kemusnahan. Kebanyakan karya Shepard menggabungkan simbolisme dan amalan dengan unsur kebudayaan popular, seperti Wild West, muzik rock, cerita detektif, dan pawagam. Shepard berlakon dalam beberapa buah filem, termasuklah Days of Heaven (1978), Frances (1982), The Right Stuff (1983), dan Country (1984). | UMUM | |
THUG | Thug ialah ahli persatuan lama di India yang membunuh atas nama agama. Istilah Thug berasal daripada bahasa Hindustan yang bermaksud penipu atau samseng . Ahli persatuan Thug ini membunuh dan merompak mangsa mereka untuk memuliakan Kali, iaitu dewi kemusnahan yang juga isteri Dewa Shiva. | UMUM | |
PARIS | Paris dalam mitologi Yunani ialah anak lelaki Priam, raja Troy. Ibu Paris, Hecuba, bermimpi bahawa anak yang dikandungnya itu merupakan obor yang akan membakar negara. Seorang tukang tilik berkata mimpi itu bererti bahawa anak itu akan menyebabkan kemusnahan Troy. Priam menyerahkan Paris kepada seorang abdi dan menyuruh abdi itu membunuh bayi tersebut. | UMUM | |
MORGAN, SIR HENRY | Morgan, Sir Henry (1635?–1688) ialah bajak laut (lanun) Inggeris yang terkenal. Pada zamannya, England dan Sepanyol berseteru dalam perdagangan dan perebutan tanah jajahan. Morgan menyerang kapal Sepanyol dan bandar-bandar dalam tanah jajahan Sepanyol di Hindia Barat, Amerika Tengah, dan Amerika Selatan. Pada tahun 1671, dialah yang menyebabkan kemusnahan Panama City, Panama, iaitu bandar Sepanyol yang terbesar di Amerika Tengah. | UMUM | |
MFECANE | Mfecane, juga dikenali sebagai Difagane, ialah satu tempoh pergolakan yang menyebabkan penghijrahan beramai-ramai di kalangan ketua suku kaum Afrika di selatan Afrika antara tahun 1819 hingga tahun 1838. Beberapa siri serbuan dan serangan yang dilakukan atas pelbagai alasan oleh kumpulan yang berlainan semasa peristiwa Mfecane telah menyebabkan kemusnahan yang teruk terhadap nyawa dan harta benda. Peristiwa ini juga menyebabkan berlakunya penyebaran semula penduduk secara besar-besaran di samping perubahan terhadap struktur sosial. | UMUM | |
AWAN | Awan ialah jisim titisan air kecil atau hablur ais halus yang terapung di udara. Awan putih gebu yang terapung merentang langit biru, atau awan yang berwarna-warni pada waktu matahari terbenam merupakan sebahagian daripada keindahan semula jadi. Awan juga memainkan peranan penting bagi menentukan cuaca bumi. Air yang mencurah turun daripada awan sebagai hujan atau salji penting bagi semua bentuk kehidupan. Awan boleh juga membawa kemusnahan, malah ada kalanya kemalangan jiwa, apabila ia menurunkan hujan batu atau tornado. | UMUM | |
PERAMPASAN | Perampasan adalah melibatkan rampasan kenderaan komersial secara paksaan atau melalui ancaman. Sejak selama beberapa tahun, trak sering dirampas dan kargo yang dibawanya dicuri. Kini, perampasan banyak melibatkan kapal terbang utama yang juga dikenali sebagai perampasan kapal terbang udara atau lanun udara. Sejak akhir tahun 1960-an perampas kapal terbang telah merampas beberapa ratus kapal terbang. Kebanyakan kes tidak melibatkan kematian. Terdapat juga kes-kes perampasan kapal terbang yang melibatkan penumpang terbunuh dan kemusnahan kapal terbang. Sesetengah negara mengenakan denda yang tegas kepada perampas kapal terbang. | UMUM | |