KEN ANGROK ( ? - 1227/1247), pengasas dinasti Tumapel-Singhasari Jawa Timur. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Keterangan tentang Ken Angrok terdapat di dalam kitab Negarakartagama dan kitab Para-raton atau Buku para raja yang dikarang oleh Empu Prapanca.
SYAIR KEN TAMBUHAN, syair panji. Syair ini pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Belanda pada tahun 1838. Syair ini diterbitkan oleh J.J. De Hollander (1956), H.C. Klinkert (1966) dan A. Teeuw (1968). Menurut R.O. Winstedt, Syair Ken Tambuhan dikarang pada zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, iaitu abad ke-15. Menurut A. Teeuw pula, syair ini sebagai genre sastera baharu dicipta pada tahun 1600 oleh Hamzah Fansuri. Naskhah syair ini cukup banyak dan dapat dibahagi kepada versi pendek dan versi panjang.
PARARATON, hasil sastera sejarah yang berbentuk prosa yang ditulis dalam bahasa Jawa Tengahan. Separuh bahagian permulaannya menceritakan kisah Ken Angrok dari lahirnya hingga menemui ajalnya. Menurut cerita, Ken Angrok dikatakan anak yang ajaib. Apabila dewasa, dia menjadi seorang yang sangat jahat. Akhirnya dia menaiki takhta Tumapel yang kemudian dikenal sebagai Singasari dengan gelaran Prabu Ronggah Rajasa. Dia juga diberi gelaran sebagai Sri Girindratanya. Ken Angrok dikatakan menjadi leluhur raja-raja Majapahit. Bahagian akhir kitab Pararaton memaparkan keadaan kerajaan Majapahit sejak awal hingga menghampiri keruntuhannya.
Thanks for clicking. That felt good.