TUK KENALI | TUK KENALI (1879-1933), ulama. Dia lahir di Kubang Kerian, Kelantan. Tuk Kenali juga dikenal sebagai Haji Awang Kenali. Nama sebenarnya ialah Muhammad Yusuf bin Ahmad. Dia mendapat pendidikan awal di Kota Bharu, berguru dengan Tuan Tabal @ Haji Abdul Samad, Haji Abbas Kampung Kemaman/Sungai Budor, Haji Ismail Kadi, Haji Abdullah Pasir Pekan, Haji Awang @ Muhammad Zain Atas Banggol, Haji Nik Abdullah, Haji Nik Wan Daud, Haji Wan Tamat Lundang, Haji Abdul Malik Sungai Pinang dan Haji Pak Chik Musa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
NIGHTINGALE, FLORENCE | Nightingale, Florence (1820–1910), pengasas profesion kejururawatan seperti yang kita kenali hari ini. Askar British yang cedera dalam Perang Krimea menamainya “Wanita dengan Lampu” apabila Florence berjalan dalam dewan hospital mereka pada waktu malam. Lampu yang dibawanya membawa makna menjaga orang sakit, mengambil berat terhadap kebajikan askar biasa, dan kebebasan bagi wanita untuk memilih kerjaya mereka. Florence dinamakan “wanita keramat hidup”. Tetapi kejayaannya juga adalah kerana kebolehannya mengatur dan mentadbir selok-belok kerja hospital. | UMUM | |
ABDUL WAHID OTHMAN | ABDUL WAHID OTHMAN (1910-1990), ulama. Dia lahir di Kampung Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka. Dia kenali juga dengan panggilan Lebai Wahid Sungai Udang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
SYEIKH OSMAN JALALUDDIN | SYEIKH OSMAN JALALUDDIN (1880-1952), ulama dan penulis. Beliau lahir di Kampung Panjang, Sering, Kota Bharu, Kelantan. Beliau berasal daripada keluarga yang berada. Ayahnya ialah seorang bomoh terkenal yang boleh mengubati penyakit gila dan penyakit puru. Beliau mendapat pendidikan awal daripada Haji Jamal Perupuk dengan mempelajari kitab-kitab agama dalam tulisan Jawi. Beliau kemudiannya berguru dengan Dato’ Mufti Haji Wan Ahmad di Kota Bharu, Kelantan dan juga pernah belajar agama di Sungai Pinang. Selepas beberapa tahun belajar di Kelantan, beliau melanjutkan pelajarannya di Makkah. Di Makkah, beliau berguru dengan beberapa orang ulama terkenal. Setelah berada di Makkah selama empat tahun, akhirnya beliau pulang ke tanah air. Di Kelantan, beliau terus menyambung pelajarannya di Pondok Tuk Kenali, seorang ulama yang terkenal di Kelantan. Beliau dilantik sebagai pembantu Tuk Kenali dan mengajar kitab fiqah kepada pelajar di pondok itu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABDULLAH TAHIR HAJI AHMAD | ABDULLAH TAHIR HAJI AHMAD (1897-1961), ulama. Dia lahir pada 20 Jun 1897 di Kota Bharu, Kelantan. Abdullah ialah pengasas Madrasah Ahmadiah Bunut Payong, Kota Bharu, Kelantan. Dia belajar di Pondok Kenali sejak tahun 1910 selama 15 tahun sebelum mendalami pengajian di Makkah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
AHMAD ISMAIL | AHMAD ISMAIL, Datuk (1899-1969), tokoh masyarakat dan penerbit buku. Dia lahir pada 3 Ogos 1899 di Kota, Kelantan. Ahmad mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Padang Garong dari tahun 1912 hingga tahun 1915, tetapi setakat Darjah dua sahaja. Tetapi atas kesedarannya sendiri, dia masuk sekolah swasta yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan di bawah pimpinan Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad (Tuk Kenali, ulama yang amat terkenal) membolehkannya fasih berbahasa Arab. | SASTERA | Konsep |