KENANG-KENANGAN SELANGOR | KENANG-KENANGAN Selangor, buku salasilah dan adat istiadat pemerintahan Kesultanan Selangor. Buku ini ditulis oleh Wan Mohd. Amin Wan Mohd. Said, Dato' Amar Diraja Penghulu Istiadat Selangor Darul Ehsan. Buku ini diterbitkan pada bulan Julai 1937 oleh The New Klang Press, Edisi kedua diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1966)) dalam tulisan Rumi, dengan judul Pusaka Selangor dan disunting oleh Abdul Samad Ahmad. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Karya |
KAMUS 'AM BAHASA MELAYU | KAMUS ‘AM BAHASA MELAYU, kamus yang diterbitkan pada tahun 1957 sebagai kenang-kenangan lahirnya Persekutuan Tanah Melayu, negara yang merdeka dan berdaulat. Kamus ini disusun oleh empat orang penulis, iaitu Haji Mohd. Shah bin Yusof, Haji Jeti bin Ahmad, Minji Shah dan Abdullah Samad. Cetakan ketiga dilakukan pada tahun 1965 yang mengandungi lapan halaman awalan dan 723 halaman teks dengan menggunakan tulisan Rumi. | BAHASA | Penerbitan |
CERITA DARI BLORA | CERITA DARI BLORA, kumpulan cerpen Pramoedya Ananta Toer yang diterbitkan pada tahun 1952. Kumpulan ini mengandungi 11 buah cerpen yang hampir kesemuanya dihasilkan oleh Pramoedya pada tahun 1950, iaitu setelah beberapa bulan dia dibebaskan daripada tahanan. Dalam kata pengantarnya, H.B. Jassin menyatakan bahawa kesedaran yang terdapat pada diri pengarang, mendorongnya mencipta dan mengabadikan sesuatu sebagai kenang-kenangan kepada yang tinggal. Selain itu, terdapat unsur-unsur pengalaman dan kenangan autobiografi dalam kumpulan ini yang dapat dilihat melalui latar belakang sejarah dan kemasyarakatan yang begitu luas. | SASTERA | Karya |