Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.na.ngan] | کنڠن

Definisi : 1. apa yg dikenangkan atau yg timbul (terbayang) dlm ingatan: tiba-tiba ~nya bertukar kpd ibu bapanya di kampung; ~ si Tenggang melayang ke masa kecilnya; 2. hal (daya atau kemampuan) mengenangkan atau mengingati sesuatu; sudah luput drpd ~ sudah tidak dikenang atau diingati lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.na.ngan] | کنڠن

Definisi : 1 apa-apa yg dikenang; ingatan: Peristiwa itu menjadi satu ~ manis dlm hidupnya. 2 hal (daya) mengenangkan sesuatu: Nama Hang Tuah sentiasa hidup dlm ~ orang-orang Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenang (kata kerja)
Bersinonim dengan ingat, fikir, rindu;,
Kata Terbitan : mengenang, mengenangkan, terkenang, terkenang-kenang, kenangan, kenang-kenangan,

Puisi
 

Daun terap di ataslah bukit,
     Kapallah menyamun dualah batang;
Jadi kenangan bukanlah sedikit,
     Darilah dulu sampai sekarang.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Elok basa 'kan bekal hidup,
     elok budi bekal mati.

Bermaksud :

Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan. basa = tegur sapa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KENANG-KENANGAN SELANGOR

KENANG-KENANGAN Selangor, buku salasilah dan adat istiadat pemerintahan Kesultanan Selangor.  Buku ini ditulis oleh Wan Mohd. Amin Wan Mohd. Said, Dato' Amar Diraja Penghulu Istiadat Selangor Darul Ehsan.  Buku ini diterbitkan pada bulan Julai 1937 oleh The New Klang Press, Edisi kedua diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1966)) dalam tulisan Rumi, dengan judul Pusaka Selangor dan disunting oleh Abdul Samad Ahmad.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
MEMORI

Memori ialah kebolehan untuk mengingat

sesuatu yang sudah dipelajari atau yang pernah

dialami. Memori merupakan bahagian penting

dalam proses pembelajaran. Jika kita tidak

mengingati langsung tentang masa lampau, maka

kita tidak akan dapat mempelajari sesuatu yang

baru. Semua pengalaman kita akan hilang sebaik

sahaja pengalaman tersebut berakhir dan setiap

keadaan baru betul-betul merupakan suatu perkara

yang asing. Tanpa memori kita akan mengalami

pengalaman yang sama berulang kali untuk

“pertama kalinya”. Kita juga akan kehilangan

nikmat yang diberikan oleh memori kepada

kehidupan – nikmat kenangan yang indah di

samping kenangan yang menyedihkan.

UMUM 
CERITA DARI BLORA

CERITA DARI BLORA, kumpulan cerpen Pramoedya Ananta Toer yang diterbitkan pada tahun 1952. Kumpulan ini mengandungi 11 buah cerpen yang hampir kesemuanya dihasilkan oleh Pramoedya pada tahun 1950, iaitu setelah beberapa bulan dia dibebaskan daripada tahanan. Dalam kata pengantarnya, H.B. Jassin menyatakan bahawa kesedaran yang terdapat pada diri pengarang, mendorongnya mencipta dan mengabadikan sesuatu sebagai kenang-kenangan kepada yang tinggal. Selain itu, terdapat unsur-unsur pengalaman dan kenangan autobiografi dalam kumpulan ini yang dapat dilihat melalui latar belakang sejarah dan kemasyarakatan yang begitu luas.

           

SASTERAKarya
MORRISON, TONI

Morrison, Toni (1931– ), penulis novel

wanita kulit hitam Amerika yang menerima Hadiah

Nobel pada tahun 1993 bagi bidang kesusasteraan.

Dia juga telah memenangi Hadiah Pulitzer 1988

untuk cereka melalui novelnya Beloved (1987).

Novel tersebut menceritakan kisah seorang bekas

hamba yang dihantui oleh kenangan hidupnya

sebagai seorang hamba dan bayinya yang telah

dibunuh untuk menyelamatkannya daripada

mengalami nasib yang sama. Beloved

mempamerkan gaya liriknya, gambaran watak

yang jelas, dan kebolehannya untuk membuat

pembaca menerima perkara yang luar biasa

sebagai benar. Kemahirannya menggunakan

bahasa menjadikannya salah seorang penulis

Amerika yang terbaik bagi tahun 1900-an.

UMUM 
KAMUS 'AM BAHASA MELAYU

KAMUS ‘AM BAHASA MELAYU, kamus yang diterbitkan pada tahun 1957 sebagai kenang-kenangan lahirnya Persekutuan Tanah Melayu, negara yang merdeka dan berdaulat. Kamus ini disusun oleh empat orang penulis, iaitu Haji Mohd. Shah bin Yusof, Haji Jeti bin Ahmad, Minji Shah dan Abdullah Samad. Cetakan ketiga dilakukan pada tahun 1965 yang mengandungi lapan halaman awalan dan 723 halaman teks dengan menggunakan tulisan Rumi.

BAHASAPenerbitan
PERANG SAUDARA IRELAND

Perang Saudara Ireland tercetus antara

penyokong dan penentang perjanjian Anglo-

Ireland yang ditandatangani pada bulan Disember

1921. Peperangan itu berlarutan dari bulan Januari

1922 hingga Mei 1923. Tentera kerajaan yang

menyokong perjanjian memenangi peperangan

yang juga disokong oleh majoriti orang Ireland.

Kemenangan mereka menjamin hidupnya

demokrasi berparlimen dan menyingkirkan

ancaman pemerintahan diktator oleh tentera yang

diinginkan oleh sebahagian pejuang yang anti-

perjanjian tersebut. Peperangan itu meninggalkan

kenangan pahit yang mempengaruhi parti politik

Ireland sehingga kini.

UMUM 

Kembali ke atas