Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.ca.na] | کنچان

Definisi : sl emas; anak-anakan ~ patung drpd emas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.ca.na] | کنچان

Definisi : emas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kencana


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KENCANA

KENCANA, majalah yang diterbitkan pada bulan Januari 1947, di Singapura secara bulanan di bawah pimpinan Harun Aminurrashid.  Majalah ini diterbitkan untuk meniupkan semangat orang Melayu di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Indonesia.  Kencana diterbitkan dalam tulisan Rumi dengan ukuran 23.5 cm x 18.5 cm.  Majalah ini mengandungi 36 halaman.

SASTERAPenerbitan
PATAH TUMBUH

PATAH TUMBUH, kumpulan cerpen karya Keris Mas.  Kumpulan ini diberi kata pengenalan oleh Syed Husin Ali, diterbitkan oleh Oxford University Press, Kuala Lumpur pada tahun 1962 serta diulang cetak beberapa kali.  Kumpulan cerpen Patah Tumbuh mengandungi 20 buah cerpen yang pernah tersiar dalam majalah Kencana, Suluh Malaya, Mastika, Dewan Bahasa dan akhbar mingguan Utusan Zaman dan Utusan Pemuda, dari tahun 1946 hingga tahun 1960.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas