| MOHAMED FUAD STEPHENS, TUN | Mohamed Fuad Stephens, Tun (1920–1976) merupakan Ketua Menteri Sabah yang pertama dari tahun 1963 hingga 1965. Dia lahir pada 14 September 1920 di Kudat, Sabah. Dia dan keluarganya memeluk agama Islam pada tahun 1971. Nama sebenarnya ialah Donald Stephens. Dia menerima pendidikan di Keningau, Jesselton (kini Kota Kinabalu) dan Sandakan. Dia meninggal dunia pada 6 Jun 1976 dalam nahas kapal terbang di Kota Kinabalu, Sabah. | UMUM | |
| O.K.K. SEDOMAN | O.K.K. SEDOMAN ( ? - ? ), Ketua Anak Negeri. Dia adalah keturunan suku Murut dari daerah Keningau, Sabah. Pada tahun 1935, dia dilantik sebagai Ketua Anak Negeri, dengan gelaran Orang Kaya-Kaya (O.K.K.) bagi mewakili daerah Bingkor dalam Majlis Penashiat Ketua-ketua Anak Negeri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| O.K.K. DATUK SUNDANG | O.K.K. DATUK SUNDANG ( ? - ? ), ahli politik, Ketua Anak Negeri. Dia adalah keturunan suku Murut dari daerah Keningau, Sabah, yang menjadi ketua tradisional bagi kaumnya. Dia kemudian dilantik oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara sebagai Ketua Anak Negeri dengan gelaran Orang Kaya-Kaya (O.K.K). Dia mewakili wilayahnya dalam Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| LAPORAN BIRU | LAPORAN BIRU, laporan tentang pentadbiran Brooke. Laporan Biru atau Blue Report bersifat komprehensif dan kritis dan disediakan oleh Captain Cyril Drummond Le Gros Clark, pegawai kanan Brooke, pada tahun 1934. Laporan ini siap dan diterbitkan pada tahun 1935. Le Gros Clark bertugas sebagai Setiausaha Hal Ehwal Cina dari tahun 1929 hingga tahun 1941. Pada tahun 1941, dia dinaikkan pangkat sebagai Ketua Setiausaha Negeri. Dia ditawan oleh pihak Jepun semasa perang Dunia Kedua, dan dibunuh oleh Jepun di Keningau, Sabah, sebelum pihak Jepun menyerah kalah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
| ANTANUM | ANTANUM ( -1915), ketua kaum Murut di Selangit dejat Rundum, Keningau, Sabah. Dia menentang British di Rundum pada tahun 1915. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |