OKTOBER | Oktober ialah bulan ke-10 dalam satu tahun mengikut kalendar Gregory, yang kini digunakan di hampir seluruh dunia. Namanya diambil daripada perkataan Latin yang bermaksud lapan. Oktober ialah bulan kelapan dalam kalendar awal orang Rom. Ia kemudiannya menjadi bulan ke-10 apabila orang Rom mengalihkan permulaan tahun dari 1 Mac kepada 1 Januari. Oktober mempunyai 31 hari semenjak zaman maharaja Rom, Augustus. | UMUM | |
SEPTEMBER | September ialah bulan kesembilan dalam setahun menurut kalendar Gregory yang kini digunakan hampir di seluruh dunia. September merupakan bulan ketujuh dalam kalendar lama Rom purba dan namanya berasal daripada perkataan Latin, Septem yang bermaksud tujuh . Kemudian September menjadi bulan kesembilan apabila orang Rom purba menggerakkan permulaan tahun mereka dari 1 Mac kepada 1 Januari. September mempunyai 29 hari, 31 hari, dan 30 hari sejak zaman maharaja Rom Augustus. | UMUM | |
DARJAH | Darjah ialah nama bagi pelbagai unit kecil ukuran. Dalam geometri dan peta, darjah ialah unit ukuran bagi sudut dan arka bulatan. Sudut 1 darjah (1° ) bersamaan 1 /90 sudut tegak. Arka 1° bersamaan dengan 1 /360 bulatan penuh. Oleh sebab garisan lintang (latitud) dan garisan bujur (longitud) ialah bulatan, maka ia dikira dalam unit darjah. Darjah dalam geometri dibahagikan kepada 60 unit yang dikenali sebagai minit. Satu minit pula dibahagikan kepada 60 saat. Dalam sesetengah cabang matematik seperti trigonometri, sudut diukur dalam unit yang dikenali sebagai radian. | UMUM | |
SAAT | Saat, unit dalam sistem metrik, digunakan untuk mengukur masa dan sudut. Simbolnya ialah s. Dalam pengukuran masa, 60 saat menjadikan satu minit. Terdapat 60 minit dalam satu jam, dan 24 jam dalam satu hari. Jadi, satu saat ialah 1 / 86 400 daripada satu hari. Dalam pengukuran sudut, 60 saat menjadikan satu minit, dan terdapat 60 minit dalam satu darjah. Sebuah bulatan terbahagi kepada 360 darjah. Jadi, satu saat ialah 1 / 1 296 000 daripada satu bulatan. | UMUM | |
MINIT | Minit adalah unit yang digunakan untuk mengukur masa dan sudut. Dalam masa, 60 minit adalah satu jam. Setiap minit dibahagikan kepada 60 saat. Oleh sebab satu jam adalah 1∕24 daripada satu hari, maka satu minit adalah 1∕1440 daripada satu hari. Dalam pengukuran sudut, 60 minit adalah satu darjah. Sebuah bulatan dibahagikan kepada 360 darjah. Oleh itu, satu minit adalah 1∕121 600 daripada sebuah bulatan lengkap. Setiap minit bagi suatu sudut dibahagikan kepada 60 saat. | UMUM | |
ANNUNCIATION | Annunciation, mengikut Luke (1:26–38) ialah pengumuman yang dibuat oleh malaikat Gabriel kepada Mary. Gabriel memberi tahu bahawa Mary adalah ibu yang akan melahirkan Jesus, yang akan dikenali sebagai “the Christ”. | UMUM | |
KELDAI | Keldai ialah nama yang diberi kepada keldai baka jinak. Keldai liar di utara dan timur laut Afrika adalah leluhur kepada keldai. Keldai liar kelihatan seperti kuda belang tetapi tidak berbelang, kecuali kadangkala pada kakinya. Keldai tingginya lebih kurang 1.2 meter pada paras bahu. Bulunya berwarna kelabu dengan garis lebih gelap di sepanjang belakangnya. Ciri-ciri lain haiwan ini adalah telinga yang panjang, tapak kaki yang kecil, dan bulu yang panjang di hujung ekornya. Pembiak baka terpilih menghasilkan keldai yang berbeza-beza saiz, warna dan bulunya. | UMUM | |
SURUHANJAYA REID | Kapsyen1"> :1"> Dato’ Onn Jaafar sedang menunjukkan memorandum UMNO-MCA kepada Suruhanjaya Reid, semasa kempen Pilihan Raya 1955 SURUHANJAYA REID, badan yang dibentuk bagi mendraf perlembagaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Badan ini terbentuk hasil daripada pertemuan dan perbincangan kemerdekaan Tanah Melayu di London dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Setia Usaha Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi, Menteri Negeri United Kingdom dan wakil Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan wakil raja-raja Melayu yang diketuai oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
ADELAIDE | Adelaide (pend. 1 023 617) ialah ibu negeri dan pelabuhan utama Australia Selatan. Bandar raya ini dinamakan sempena nama Permaisuri Adelaide, permaisuri kepada raja England, William IV. Adelaide ialah pusat pentadbiran, perindustrian, perdagangan, dan kebudayaan yang paling penting di Australia Selatan. Ia juga merupakan pusat pengangkutan utama serta pusat pemungutan dan pengedaran barang pembuatan di Australia Selatan. | UMUM | |
ASOSIASI | Asosiasi dalam psikologi merujuk kepada satu teori bagaimana kita mempelajari sesuatu. Tiga hukum asosiasi teori ini cuba menjelaskan bagaimana seseorang mengaitkan pengalamannya. Hukum itu ialah (1) hukum kehampiran, (2) hukum keserupaan, dan (3) hukum pertentangan. | UMUM | |