Armstrong, Duncan (1968– ) ialah perenang warga Australia yang memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik 1988 bagi acara 200 meter gaya bebas lelaki. Dia mencipta satu rekod baru dunia dengan kepantasan 1 minit 47.25 saat. Dia juga memenangi pingat perak dalam acara 400 meter gaya bebas. Dia bersaing dalam Sukan Komanwel di Edinburgh pada tahun 1986 dan memenangi dua pingat emas, satu untuk acara 400 meter gaya bebas dan satu lagi sebagai anggota pasukan renang berganti-ganti 200 meter Australia. Armstrong lahir di Brisbane. |