Anouilh, Jean (1910–1987), penulis drama popular Perancis yang menghasilkan banyak karya. Dia terkenal dengan dramanya yang sangat cemerlang. Dia menyifatkan drama komedinya sebagai “ros” atau “bijak”. Biasanya dramanya menonjolkan kesulitan emosi yang berpunca daripada wang, sama ada kerana kekurangan wang atau terlalu banyak wang. Watak utama dalam dramanya terdiri daripada orang muda sensitif yang sentiasa tercari-cari kepastian dan orang tua yang agak aneh. Antara karya komedinya termasuklah Thieves Carnival (1932), Time Remembered (1939), Ring Round The Moon (1947), The Rehearsal (1950). |