Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pé.ka.an] | کڤيکاءن

Definisi : perihal peka (mudah berasa, mu­dah atau cepat bergerak balas, menyedari, dan menghayati sesuatu): cara ini boleh mengurangkan ~ mata terhadap cahaya yg terlalu terang; ~ perancangan bahasa adalah penting supaya penilaian ini membawa erti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pé.ka.an] | کڤيکاءن

Definisi : hal atau keadaan peka: Papila rambut dibekali gentian-gentian saraf yg memberikan ~ kpd rambut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peka
1. Bersinonim dengan sensitif
( perasa, berderia, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan bergerak balas
( bertindak balas, bereaksi, responsif, mudah terangsang, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memeka, kepekaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LATIHAN KEPEKAAN UMUM 
AMFETAMIN

Amfetamin adalah mana-mana satu kumpulan

dadah sintetik yang merangsang otak,

meningkatkan kepekaan pengguna dan

kesediaannya untuk bertindak. Dadah ini juga

mengawal selera.

UMUM 
KESUSASTERAAN JEPUN

Kesusasteraan Jepun tergolong sebagai

salah satu kesusasteraan agung dunia. Ia

menggambarkan pelbagai ciri masyarakat Jepun,

seperti kepatuhan mereka terhadap adat resam

dan juga kepekaan mereka terhadap alam sekitar.

Orang Jepun mungkin telah menghasilkan bahan

sastera bertulis yang pertama pada tahun 500-an M.

Tetapi Jepun telah begitu lama mengasingkan diri

daripada dunia luar. Tambahan pula, bahasa tulisan

mereka amat sukar untuk dikuasai. Oleh yang

demikian, sastera Jepun hampir tidak diketahui

oleh dunia luar sehingga tahun 1900-an.

UMUM 
PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN MELAYU

PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN MELAYU, persidangan yang menilai serta mengkaji kedudukan dan perkembangan semasa dalam berbagai-bagai-bagai aspek bidang pengajian Melayu.  Persidangan ini berlangsung dari 21 hingga 23 Ogos 1989 bertempat di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.  Persidangan yang bertemakan “Melayu: Persoalan Warisan dan Kini”, menyatakan pentingnya kepekaan terhadap kesinambungan perkembangan dunia Melayu dari dahulu hingga kini.

BAHASAPeristiwa

Kembali ke atas