POSITIVISME | Positivisme ialah kepelbagaian teori falsafah yang dikenali sebagai empirisisme . Teori ini menyatakan bahawa semua ilmu pengetahuan adalah berasaskan pengalaman. Terdapat dua bentuk positivisme yang utama. Auguste Comte, ahli falsafah Perancis, memperkembangkan bentuk positivisme yang pertama pada tahun 1800-an. Bentuk yang kedua yang dikenali sebagai positivisme logik , diperkembangkan pada tahun 1920-an di kalangan sekumpulan ahli falsafah yang dikenali sebagai Lingkaran Vienna. | UMUM | |
TINGKAH LAKU PENYESARAN | Tingkah laku penyesaran merujuk kepada kepelbagaian aktiviti yang kelihatan tidak sesuai dilakukan dalam sesuatu keadaan tertentu. Sebagai contoh, sesetengah mamalia merapikan bulunya apabila hendak mengambil keputusan apakah untuk melawan atau melarikan diri. Kebanyakan tingkah laku penyesaran berlaku semasa keadaan emosi yang berkonflik. | UMUM | |
AUDEN W.H. | Auden W.H. (1907–1973), penyair yang lahir di England . Dia terkenal dengan kepelbagaian karyanya. Dia telah menghasilkan lagu balada, blues, seloka, puisi soneta, nonsense verse , oratorio (lagu daripada kitab Bible), free verse, libretto (seni kata) untuk opera dan drama. Auden memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1948 untuk sajaknya yang setebal buku, The Age of Anxiety . | UMUM | |
SHAPLEY, HARLOW | Shapley, Harlow (1885–1972) ialah ahli astronomi Amerika. Dia menjalankan kajian penting mengenai kepelbagaian bintang (bintang yang berubah sinarnya), dan kumpulan bintang berbentuk sfera yang sering kali berlaku. Kajiannya tentang kumpulan bintang ini, dinamakan globular clusters , menyumbang pengetahuan mengenai Bima Sakti dan galaksi yang lain, seperti Awan Magellenic. | UMUM | |
MALIBRAN, MARIA FELICITA | Malibran, Maria Felicita (1808–1836) ialah penyanyi opera Sepanyol yang terkenal. Dia dikenali kerana suaranya yang lantang dan fleksibel serta kepelbagaian vokalnya. Dia ialah penyanyi kontralto tetapi dia boleh juga membawakan lagu soprano dalam nada yang tinggi. Nyanyiannya yang penuh bersemangat menjadikan persembahannya menarik dan menyebabkan dia terkenal di peringkat antarabangsa. | UMUM | |
ROSTROPOVICH, MSTISLAV LEOPOLDOVICH | Rostropovich, Mstislav Leopoldovich (1927– ) ialah pemain celo terhandal di dunia. Dia juga merupakan seorang pemimpin yang unggul. Sebagai pemain celo, dia menonjolkan emosi dan imaginasi melalui kepelbagaian ton dalam iramanya. Ramai penggubah lagu telah bekerjasama dengannya. Antaranya Sergei Prokofeiv, Dimitri Shostakovich, dan Aram Khachaturian dari Kesatuan Soviet, serta Benjamin Britten dari United Kingdom. | UMUM | |
MORFOLOGI TUMBUHAN | Morfologi tumbuhan, kajian kepelbagaian rupa bentuk struktur, susunan dan perkembangan organisma melalui penglihatan mata, teropong atau kamera. | BIOLOGI | Konsep |
DIALEK MELAYU DI SELANGOR | DIALEK MELAYU DI SELANGOR, dialek yang dituturkan di negeri Selangor. Dialek ini mempunyai pelbagai ragam. Kepelbagaian ini berkait rapat dengan keadaan penuturnya yang terdiri daripada penutur pendatang dari pelbagai kawasan dialek Melayu lain di Semenanjung. Sebagai tempat pertembungan pelbagai penutur dialek Melayu, maka tentu sahaja sukar bagi kita untuk memastikan ragam yang manakah yang mencirikan dialek asli Melayu Selangor sebenar. Terjadinya keadaan seperti ini ada hubungannya dengan kedudukan negeri Selangor yang pada awal sejarahnya merupakan pusat pentadbiran, pusat budaya dan pusat perniagaan bagi Semenanjung Malaysia. | BAHASA | Bahasa |
KESUSASTERAAN MELAYU | KESUSASTERAAN MELAYU, kesusasteraan yang tumbuh dan berkembang di Alam Melayu, atau Tanah Melayu, yang kini lebih dikenal sebagai Malaysia. Kesusasteraan Melayu terdiri daripada pelbagai macam dan jenis sastera yang indah dan bernilai, yang terakam dalam bahasa Melayu dan memperkatakan tentang masyarakat Melayu. Kepelbagaian jenis ini ditempatkan dalam dua kelompok utama, yang masing-masing dikenal sebagai “kesusasteraan tradisional” dan “kesusasteraan moden”. Pembahagian ini lebih didasarkan pada faktor sejarah. | SASTERA | Konsep |
KAMUS KHUSUS | KAMUS KHUSUS, salah satu jenis kamus yang memberi sumbangan yang amat penting dalam dunia perkamusan itu sendiri. Oleh sebab konsep kamus itu mempunyai pengertian yang amat luas meliputi input linguistik seperti morfologi, sintaksis, semantik, fonologi, dan semua subdisiplin linguistik yang lain seperti leksikologi, analisis wacana, pragmatik, etimologi den sebagainya, maka potensi kamus khusus itu untuk berkembang jelas terbuka luas. Malah kamus khusus menjadi faktor yang mencorakkan kepelbagaian usaha penyusunan kamus yang menjadi agen kodifikasi bahasa yang amat berpengaruh. | BAHASA | Penerbitan |