Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pe.mim.pi.nan] | کڤميمڤينن

Definisi : keupayaan (kebolehan, pen­capaian, dsb) sbg pemimpin, daya (tindak­tanduk, kecekapan, dsb) seseorang pemim­pin: dlm pentadbirannya, Dr. Mahathir berusaha membawa corak ~ yg berbeza drpd pemimpin-pemimpin sebelumnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pe.mim.pi.nan] | کڤميمڤينن

Definisi : hal-hal yg berkaitan dgn pemimpin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kepemimpinan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIDATO UMUM

Pidato umum. Latihan dalam pidato umum yang

berkesan merupakan satu bahagian penting dalam

latihan kepemimpinan dalam apa juga bidang

aktiviti. Pemidato yang menyampaikan mesej

dengan baik dan berjaya mengekalkannya dikatakan

sebagai pemidato yang berkesan . Jika mereka cuba

menjadikan sesuatu maklumat fakta itu jelas, maka

mereka dikatakan berkesan sekiranya anggota

khalayak yang mendengarnya memahami fakta yang

disampaikan. Jika mereka cuba memujuk anggota

khalayak bersetuju untuk berbuat sesuatu atau

mengubah pandangan mereka, maka pemidato itu

dikatakan berkesan apabila anggota khalayak itu

membuat keputusan untuk mengambil tindakan

atau benar-benar mengubah pandangan mereka.

Jika pemidato itu cuba menghiburkan khalayak

mereka, mereka dikatakan berkesan jika khalayak

mereka mempamerkan sambutannya melalui

tepukan gemuruh atau ketawa sebagai menandakan

mereka terhibur.

UMUM 
LEMBAGA KEBUDAYAAN NASIONAL

LEMBAGA KEBUDAYAAN NASIONAL, organisasi kebudayaan Indonesia. Lembaga Kebudayaan Nasional (LKN) berusaha menghimpun para seniman dan budayawan golongan nasionalis yang menyetujui, mendukung dan memperjuangkan suatu asas tertentu bagi mereka yang sealiran. Perjuangan ahli lembaga ini adalah untuk membela Pancasila dan memperjuangkan kepemimpinan Parti Nasionalis Indonesia (PNI) dalam mewujudkan kebudayaan Marhaenis.

SASTERAInstitusi/Organisasi
PERJANJIAN PAHANG-BRITISH

PERJANJIAN PAHANG-BRITISH (1887), perjanjian persetiaan antara Sultan Ahmad dengan British yang ditandatangani pada 10 Oktober 1887.  Dengan termeterainya perjanjian ini bermakna menandakan penguasaan British di Pahang.  Pada awal tahun 1880-an, kedudukan Bendahara Wan Ahmad sebagai pemerintah Pahang mula tergugat akibat pertelingkahan yang berlaku di kalangan pembesar.  Bendahara Wan Ahmad terlalu memberi kepercayaan kepada penasihat baginda dan hal ini membawa kepada kelemahan kepemimpinan politik pada masa pemerintahannya.  Perselisihan di kalangan golongan pemerintah dan pembesar dari beberapa kawasan menyebabkan berlakunya perang saudara (1856-1863).  Keadaan ini diambil kesempatan oleh British untuk campur tangan dalam politik negeri di Pahang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan

Kembali ke atas