KONFLIK KEPENTINGAN | Konflik kepentingan berlaku jika seseorang itu mempunyai kepentingan kewangan atau kepentingan lain dalam sesebuah syarikat yang membuat perniagaan berurusan dengannya. | UMUM | |
KEPENTINGAN HUTAN | Kepentingan hutan, keperluan terhadap sumber-sumber hutan oleh manusia dan persekitarannya. | PERTANIAN | Konsep |
VITAMIN | kepentingan dan kesan vitamin dalam kesihatan manusia | PEMAKANAN | Sumber/Bahan Alam |
NUTRIEN | kepentingan dan kesan nutrisi dalam kesihatan | PEMAKANAN | Sumber/Bahan Alam |
DEWAN PERNIAGAAN | Dewan Perniagaan ialah persatuan ahli peniaga yang menggalakkan kepentingan ahlinya dan perniagaan secara am. Dewan perniagaan ditubuhkan di pekan, bandar, daerah dan negeri. Bagi kebanyakan negara Eropah, dewan perniagaan merupakan agensi rasmi, yang ditanggung oleh cukai. Dewan perniagaan kadangkala dikenali sebagai lembaga perdagangan, persatuan saudagar, atau persatuan perniagaan. International Chamber of Commerce mempunyai ahli daripada persatuan dan syarikat perniagaan di seluruh dunia. | UMUM | |
PERSATUAN ORANG-ORANG CACAT ANGGOTA MALAYSIA | persatuan yang ditubuhkan untuk kemajuan, kepentingan dan kesejahteraan am pada ahlinya serta orang cacat lain di negara ini. Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1976 oleh orang-orang cacat anggota sendiri. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
KESUSASTERAAN WALES | Kesusasteraan Wales mempunyai kepentingan istimewa dalam kalangan orang Wales. Para penulis Wales sentiasa dihormati dan berasal daripada pelbagai bidang dan latar belakang. | UMUM | |
MARS | Mars ialah tuhan peperangan dalam mitologi Rom. Orang Rom purba memberi Mars kepentingan istimewa kerana mereka menganggap beliau bapa Romulus dan Remus, pengasas legenda Rom. | UMUM | |
ORNITOLOGI | Ornitologi ialah kajian saintifik tentang burung. Ia termasuk pemerian, sejarah, dan pengelasan burung, taburannya, aktivitinya, kepentingan ekologinya, dan nilai ekonominya kepada manusia. Aktiviti burung yang dikaji oleh ahli ornitologi termasuk pengawanan, pengeraman, pemeliharaan anak, pencarian makanan, penerbangan, pemanduan arah, dan perhijrahan. Fotografi digunakan untuk mendokumentasi aktiviti burung, dan rakaman dibuat tentang bunyi burung. | UMUM | |
PUNARAN | Punaran ialah proses mencipta reka bentuk atau gambar pada plat logam dengan menggunakan asid. Punaran mempunyai kepentingan dalam seni halus dan percetakan komersial. Rencana ini membincangkan punaran sebagai seni halus. Untuk maklumat mengenai punaran dalam percetakan komersial, lihat Fototurisan dan fotolitograf i. | UMUM | |