NERVI, PIER LUIGI | Nervi, Pier Luigi (1891–1979) ialah arkitek dan jurutera Itali. Reka bentuknya menggambarkan kepercayaannya bahawa bentuk struktur industri yang praktik mestilah cantik dan anggun berdasarkan reka bentuk yang ringkas. Nervi terlatih sebagai jurutera dan dia berpendapat bahawa kecantikan arkitek mestilah diperoleh berdasarkan pengiraan matematik berbanding dengan pertimbangan estetika. Kerja Nervi mula dikenali apabila dia menggunakan konkrit bertetulang dengan cantik. Dia membina beberapa teknik struktur dengan menggunakan konkrit. | UMUM | |
THOMPSON, FRANCIS | Thompson, Francis (1859–1907) ialah penyair Inggeris. Dia menghasilkan puisi penuh emosi yang menggambarkan kepercayaannya yang mendalam terhadap Roman Katolik. “ The Hound of Heaven ” (1893) ialah karyanya yang paling terkenal. Puisi tersebut menggambarkan Jesus Christ sebagai pemburu yang baik hati yang mendalami dan akhirnya menghayati jiwa penyair yang terawang-awang. | UMUM | |
SKINNER, B.F. | Skinner, B.F. (1904–1990), ahli psikologi Amerika. Dia terkenal kerana penyelidikannya terhadap proses pembelajaran dan kepercayaannya terhadap masyarakat yang terancang. Skinner merupakan penyokong utama pengajaran terancang. Dalam program ini, prinsip pembelajaran yang dikenal pasti dalam makmal diterapkan dalam pengajaran di dalam kelas. Dia juga terkenal sebagai pengkaji psikologi tingkah laku, iaitu kajian terhadap tingkah laku manusia yang dapat dilihat. | UMUM | |
XUNZI | Xunzi (340? SM–245? SM), juga dieja Hsun Tzu, ialah seorang ahli falsafah Cina yang paling dikenali kerana kepercayaannya bahawa sifat semula jadi manusia pada dasarnya jahat. Dia menganggap dirinya pengikut falsafah Konfusianisme. Walau bagaimanapun, pendapatnya tentang sifat semula jadi manusia berbeza daripada pendapat kebanyakan pengikut Konfusianisme. | UMUM | |
THOREAU, HENRY DAVID | Thoreau, Henry David (1817–1862) ialah penulis Amerika yang dikenang kerana bidasannya terhadap institusi sosial yang dianggapnya tidak bermoral, dan kepercayaannya terhadap kepentingan agama dalam alam semula jadi. Esei “Civil Disobedience” merupakan bantahan sosial Thoreau yang paling terkenal. Walden, kajian tentang manusia di alam semula jadi menaikkan reputasi Thoreau dalam bidang kesusasteraan. | UMUM | |
BYRON, LORD | Byron, Lord (1788–1824) ialah penyair romantik Inggeris yang paling cemerlang. Ramai orang mendapati hidupnya yang penuh cabaran sebagai sama menarik dengan puisinya. Byron mengarang puisinya di Eropah dan di Timur Tengah, dan puisinya mencerminkan pengalaman dan kepercayaannya. Puisinya kadang-kadang kasar, kadang-kadang lembut, dan selalunya eksotik. | UMUM | |
BROWNING, ROBERT | Browning, Robert (1812–1889), salah seorang penyair agung Zaman Victoria, England. Karya Browning mencerminkan optimismenya yang teguh dan kepercayaannya pada nilai nyawa manusia. | UMUM | |