| PERTANIAN | Pertanian ialah industri yang paling penting di dunia. Industri ini menyediakan bahan makanan untuk kita. Industri pertanian juga membekalkan dua keperluan asas manusia – pakaian dan tempat tinggal. Selain itu, industri pertanian menyediakan bahan- bahan yang digunakan untuk menghasilkan banyak produk industri, seperti cat dan ubat-ubatan. Kira-kira separuh daripada tenaga kerja di dunia berkhidmat dalam bidang pertanian – jauh lebih ramai daripada industri lain. | UMUM | |
| KURSI TUN ABDUL RAZAK | KERUSI TUN ABDUL RAZAK, pembiayaan untuk Pengajian Asia Tenggara di Pusat Pengajian Antarabangsa, University of Ohio oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di Kuala Lumpur yang bermula pada tahun 1980. Kerusi ini didedikasikan kepada Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia yang pertama dan Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Kerusi ini ditubuhkan bagi meneruskan semangat dan usaha yang telah dibina olehnya bagi manfaat manusia sejagat. Kerusi ini ditaja dan dibiayai bersama oleh kerajaan Malaysia dan beberapa buah firma Amerika yang beroperasi di Malaysia. University of Ohio pula memberi keperluan asas yang lain bagi membiayai seorang sarjana Malaysia untuk bertugas di universiti tersebut. | BAHASA | Anugerah/Hadiah |
| MAKANAN | Makanan adalah satu daripada keperluan kita yang paling asas. Kita tidak dapat hidup tanpa makanan. Makanan memberikan kita tenaga untuk segala-gala yang kita lakukan – berjalan, bercakap, bekerja, bermain, membaca, berfikir dan bernafas. Makanan juga membekalkan tenaga yang diperlukan oleh saraf, otot, jantung dan kelenjar untuk berfungsi. Di samping itu, makanan membekalkan bahan berkhasiat yang diperlukan oleh badan untuk membina dan membaiki tisu dan untuk mengawal organ dan sistem badan. | UMUM | |