TARAF HIDUP | Taraf hidup biasanya merujuk kepada taraf ekonomi yang dicapai oleh seseorang individu, keluarga atau negara. Taraf hidup boleh diukur melalui nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan atau digunakan oleh individu, keluarga atau negara dalam satu tempoh waktu yang ditetapkan. Tafsiran lain tentang taraf hidup adalah berasaskan matlamat yang ditetapkan oleh orang ramai untuk diri mereka sendiri sebagai pengguna. Dengan kata lain, apabila seseorang mempunyai jumlah yang mencukupi dari segi keperluan untuk hidup dengan selesa dan gembira, mereka telah mencapai taraf hidup mereka. | UMUM | |
MAKANAN | Makanan adalah satu daripada keperluan kita yang paling asas. Kita tidak dapat hidup tanpa makanan. Makanan memberikan kita tenaga untuk segala-gala yang kita lakukan – berjalan, bercakap, bekerja, bermain, membaca, berfikir dan bernafas. Makanan juga membekalkan tenaga yang diperlukan oleh saraf, otot, jantung dan kelenjar untuk berfungsi. Di samping itu, makanan membekalkan bahan berkhasiat yang diperlukan oleh badan untuk membina dan membaiki tisu dan untuk mengawal organ dan sistem badan. | UMUM | |
SEWA HIDUP | SEWA HIDUP, sistem sewa dalam pembahagian hasil pertanian yang membolehkan peraturan atau persetujuan yang dibuat boleh diubah-buah, jika timbul keperluan penyewa atau pemilik tanah. Sistem sewa ini diamalkan oleh masyarakat Melayu luar bandar. | BUDAYA | Sistem |
NEUTRA, RICHARD JOSEPH | Neutra, Richard Joseph (1892–1970) ialah arkitek Austria yang bekerja di California, Amerika Syarikat. Reka bentuknya yang terbaik mencerminkan matlamatnya untuk membina bangunan yang memenuhi keperluan biologi dan psikologi, di samping pertimbangan seni dan teknikal. Dalam bukunya Survival Through Design (1954), Neutra menyatakan bahawa manusia dapat hidup hanya dengan mengawal alam sekitar menerusi reka bentuk, seni bina, dan perancangan bandar. | UMUM | |
PERTUBUHAN SUKARELA | PERTUBUHAN SUKARELA, badan yang keahliannya secara sukarela. Kebebasan berpersatuan dan kewujudan pertubuhan sukarela adalah satu ciri penting dalam sistem demokrasi. Sungguhpun kebebasan itu perlu disesuaikan dengan keperluan dan kepentingan setempat namun, pertubuhan jenis ini menjadi saluran terpenting bagi manusia memenuhi hasrat dan naluri semula jadi untuk hidup berkelompok atau berkumpulan. Sistem demokrasi menggalakkan kewujudan berbagai-bagai bentuk dan jenis persatuan atau pertubuhan sukarela kerana dengan demikian sahajalah tercapainya suatu bentuk keseimbangan dalam masyarakat yang boleh mengurangkan pula kemungkinan tercetusnya ketegangan yang boleh menggugatkan sistem itu sendiri. | BUDAYA | Persatuan |