HADIAH BAHASA, satu bentuk penghargaan tahunan yang diberikan kepada penulis karya ilmiah dalam bahasa Melayu di Malaysia. Konsep Hadiah Bahasa ditimbulkan dalam kepesatan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Karya ilmiah yang layak dicalonkan untuk hadiah ini adalah dalam bentuk buku yang telah terbit. Bidang yang digarap meliputi segala bidang ilmiah, baik sains jati mahupun sains kemanusiaan dan kemasyarakatan.
KUALA LUMPUR, ibu negara Malaysia. Kuala Lumpur terletak pada garis lintang 3o 8’U dan garis bujur 100o 44T. Kedudukan kawasan pusat asalnya ialah di Kuala Sungai kelang dan Sungai Gombak. Bandar ini meliputi Lembah Kelang sebagai kawasan terpenting dan dipinggiri oleh tanah tinggi di sebelah timur. Kuala Lumpur mempunyai iklim yang seragam dengan purata 27o dan purata hujan 2700 mm setahun. Kepesatan pembangunan fizikal Kuala Lumpur telah menjadikannya lebih panas (2oC – 7oC) dan lebih kering daripada kawasan sekelilingnya.
Thanks for clicking. That felt good.