Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pening (sakit) kepala; demam ~ demam serta pening kepala (ada berbagai-bagai jenis); ~ berlat demam yg menyebabkan kepala berasa sakit dan panas; ~ disumbat demam yg menyebabkan peluh tidak keluar; ~ kelabu kambing demam yg menyebabkan badan berasa sejuk; ~ kemudian demam kerana kena panas; ~ kura demam yg keras dan berlanjutan (menyebabkan mulut terasa pahit); ~ radang demam yg menyebab­kan tubuh menjadi panas dan orang yg meng­hidapinya meracau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kepialu I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REED, WALTER

Reed, Walter (1851–1902) ialah pegawai

perubatan Tentera Darat Amerika Syarikat,

membantu menunjukkan cara mengawal demam

kepialu dan demam kuning. Semasa Perang

Sepanyol–Amerika pada tahun 1898, dia mengetuai

sebuah suruhanjaya yang mengkaji punca dan

penyebaran demam kepialu di kem-kem Tentera

Darat. Eksperimen menunjukkan bahawa lalat

merupakan pembawa jangkitan yang utama, dan

habuk serta keadaan yang tidak bersih membantu

penyebarkannya.

UMUM 
KLORAMFENIKOL

Kloramfenikol ialah sejenis antibiotik yang

pada suatu masa dahulu digunakan untuk

merawat banyak jenis penyakit berjangkit. Ia

terbukti sebagai penyelamat bagi jangkitan yang

serius seperti meningitis, demam kepialu,

demam paratifoid, dan tifus.

UMUM 

Kembali ke atas