KEPIMPINAN MELALUI TELADAN | Kepimpinan Melalui Teladan, panduan cara memimpin melalui teladan yang baik dan berkesan yang ditunjukkan oleh pemimpin. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Konsep |
DIKTATOR | Konsep kepimpinan kuku besi. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
PERISIK | Perisik ialah orang yang mengumpulkan maklumat yang bernilai untuk kepimpinan politik negara yang dia memberikan khidmatnya. Dalam masa aman, perisikan melibatkan pelbagai kegiatan pengumpulan maklumat. Kegiatan ini termasuk peninjauan dan pengintipan dari udara dan satelit dan juga pengintipan menggunakan alat elektronik. | UMUM | |
PERTUBUHAN PERJANJIAN ATLANTIK UTARA (NATO) | Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyediakan kepimpinan ketenteraan yang bersatu untuk pertahanan bersama 16 buah negara Barat. NATO ditubuhkan pada tahun 1949 oleh negara yang bersekutu di bawah pakatan ini. Pakatan ini menyediakan pertahanan bersama terhadap kemungkinan serangan oleh Kesatuan Soviet atau penyerang yang lain. Menurut pakatan ini, serangan bersenjata yang dilakukan ke atas satu atau lebih negara anggota di Eropah atau Amerika Utara akan dianggap sebagai serangan ke atas kesemua negara anggota dalam perikatan ini. | UMUM | |
SYIAH | Syiah. Syiah ialah satu kumpulan orang Islam yang berpendapat bahawa kepimpinan negara (imamah atau khilafah ) bukan lagi satu keperluan umum yang diserahkan kepada orang ramai untuk menentukannya, malah ia menjadi satu rukun dan satu daripada prinsip agama Islam. Oleh yang demikian, mereka beranggapan bahawa adalah tidak wajar Rasulullah s.a.w. meninggalkan urusan ini atau menyerahkannya untuk diselesaikan sendiri oleh umat Islam. Baginda wajib menentukan imamah yang akan mentadbir urusan orang Islam. Lalu kumpulan ini membuat andaian bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah mewasiatkan imamah kepada Sayidina Ali ibn Abu Talib sebagai pengganti Baginda. | UMUM | |
PÉTAIN, HENRY PHILIPPE | Pétain, Henry Philippe (1856–1951), menjadi wira kebangsaan Perancis kerana kepimpinan dalam ketenteraan semasa Perang Dunia I. Namun dia telah dibicarakan dan dipenjarakan atas tuduhan menderhaka pada usia lanjutnya kerana dia bersubahat dengan Jerman dalam Perang Dunia II. | UMUM | |
IMAM | IMAM, pemimpin atau ketua. Dalam bahasa Arab imam bererti pemimpin. Perkataan imam mempunyai dua erti, iaitu imam sembahyang (kepimpinan kecil) dan imam umat (kepimpinan besar). Dalam sains politik Islam, kerap kali imam disebut sebagai al-Imamah (kepimpinan). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PSIKOLOGI SOSIAL | Psikologi sosial ialah kajian terhadap aspek psikologi yang menjadi asas hubungan antara manusia. Ahli psikologi sosial menyiasat proses komunikasi, kerjasama, persaingan, membuat keputusan, kepimpinan, dan perubahan sikap. | UMUM | |
SHAKA | Shaka (1787?–1828) ialah pahlawan Zulu yang dilantik menjadi raja Zulu di selatan Afrika. Dia lahir di tenggara Afrika di kawasan penduduk Elangeni (kini Melmoth). Semasa zaman mudanya, dia berkhidmat dalam angkatan tentera Dingiswayo, raja daripada kaum Mthethwa. Pada tahun 1815, bapa Shaka, Senzangakona meninggal dunia dan Shaka mengambil alih kepimpinan kaum kecil Zulu sebelah bapanya. Pada tahun 1818, Dingiswayo telah dibunuh dan Shaka mengambil alih kepimpinan kerajaan. | UMUM | |
INSTITUT DAKWAH ISLAMIAH PERKIM | Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP), institusi pendidikan Islam yang memberikan pelajaran dan pengajaran Islam serta kursus intensif, latihan dakwah, dan kepimpinan kepada saudara baharu dan anak-anak mereka khususnya di Malaysia. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |