MOZEK | Mozek ialah satu bentuk seni yang terdiri daripada susunan keping-keping kecil kaca, batu, atau bahan lain yang berwarna-warni yang dilepa bersama. Keping-keping tersebut yang disebut tesserae disusun dalam bentuk gambar. Kebanyakan mozek menghias siling, lantai, dan dinding dalam, tetapi ada juga yang digunakan untuk menghias permukaan luar seperti kaki lima dan dinding luar. | UMUM | |
TEKTONIK KEPING | Teori perihal pergerakan benua, dalam bentuk keping serta kesan diakibatkan oleh pergerakan tersebut pada kulit Bumi. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Teori/Teorem/Hukum |
KEKAPIS | Kekapis ialah kerang-kerangan yang dijadikan makanan. Ia adalah moluska dwicangkerang (haiwan yang mempunyai dua keping cangkerang yang melindungi badannya yang lembut dan tidak bertulang). Kekapis tinggal di perairan cetek dalam hampir semua laut dan kerap terdapat dalam kumpulan yang besar pada pasir atau kelikir halus. | UMUM | |
YO-YO | Yo-yo, sejenis alat permainan kecil yang terkenal di Eropah dan Amerika Syarikat sejak tahun 1930-an. Yo-yo terdiri daripada dua keping plastik atau kayu berbentuk bulat yang dilekatkan di tengah-tengahnya oleh sebuah pasak kecil. | UMUM | |
SAYAP KEMENANGAN | Sayap Kemenangan (Winged Victory) ialah sebuah patung Yunani purba yang cantik yang ditemui oleh ahli arkeologi Perancis pada tahun 1863. Patung ini telah pecah dan kesemua 118 keping serpihannya yang dijumpai bertaburan di atas sebuah bukit di pulau lereng, Samothraki (Samothrace), Greece. Patung ini menggambarkan Nike, dewi kemenangan Yunani. Tubuhnya diselubungi pakaian bak ditiup angin sambil membawa mesej kemenangan, penawanan, dan kejayaan daripada dewa-dewa. Dia mempunyai sayap yang melambangkan kepantasan dan kurniaannya, yakni boleh terbang. Ritma komposisi patung ini bergelombang, mungkin melambangkan perjalanan yang sukar untuk mencapai kemenangan. Pengukir patung ini tidak diketahui, tetapi sarjana mentarikhkan patung ini diukir sekitar tahun 180 S.M. Patung ini kini ditempatkan di Louvre, Paris. | UMUM | |
PATIENCE | Patience ialah permainan terup yang dimainkan oleh seorang pemain. Patience biasanya dimainkan dengan menggunakan satu set 52 keping daun terup. | UMUM | |
TIRAM | Tiram ialah sejenis kerang-kerangan yang terdapat di lautan dan serokan pantai di kawasan beriklim sederhana hingga iklim tropika. Tiram mempunyai badan yang lembut dan boleh dimakan yang terletak di sebelah dalam dua keping cangkerang keras. Cangkerang ini biasanya bertepi tajam dan tidak sekata bentuknya. Tiram hidup di dasar laut berdekatan dengan pantai yang airnya tenang dan tidak dalam. | UMUM | |
KUPANG | Kupang ialah haiwan air yang badan lembutnya di dalam cangkerang keras. Kupang hidup dalam laut dan dalam air tawar. Cangkerangnya terdiri daripada dua keping cangkerang dan dinamakan injap. Injap ini dicantumkan oleh sendi dan boleh dibuka dan ditutup. | UMUM | |
TALENT | Talent ialah unit lama yang terkenal, digunakan untuk berat dan nilai. Orang Ibrani, Babylon, Yunani, dan Rom menggunakannya. Duit syiling dalam jenis mata wang ini tidak pernah dibuat kerana duit syiling itu akan menjadi terlalu besar. Sebaliknya beberapa keping syiling lain bersamaan satu talent. Talent perak orang Ibrani bersamaan dengan 3000 shekel perak. Talent emas mempunyai berat dan nilai yang berbeza di tempat-tempat yang berbeza. Penggunaan perkataan talent sekarang yang bermakna kebolehan yang istimewa , mungkin datang secara simboliknya dari sebuah cerita dalam Bible (Matthew 25:14–30). | UMUM | |
SINGGANG | SINGGANG, sejenis masakan rebusan daripada bahan-bahan seperti lengkuas, serai, bawang putih, asam keping dan kadang-kadang ditambah belacan, manisan dan cili belah. Biasanya ikan digunakan sebagai bahan penting khususnya ikan tongkol atau ikan kayu, ikan tamban dan ikan kembung. Daging juga boleh dibuat singgang seperti yang terdapat di Johor dan bahan-bahan yang digunakan termasuklah ketumbar, cili kering, halia, lada hitam dan bawang merah yang ditumbuk. Singgang juga disebut sebagai pindang. | BUDAYA | Makanan |