DOMINO | Domino ialah nama beberapa permainan yang dimainkan dengan menggunakan kepingan-kepingan kecil, rata dan bujur yang dinamakan domino. Permainan domino ini berkemungkinan dicipta di China, dan diperkenalkan di Eropah pada tahun 1300-an. | UMUM | |
SYELEK | Syelek ialah cecair yang terbentuk daripada kepingan resin yang dilarutkan dalam alkohol. Ia digunakan sebagai varnis. Kepingan ini adalah bentuk kering suatu bahan melekit yang dinamakan resin lak (lihat Lak). Apabila syelek disapu pada sesuatu permukaan, alkohol dalam larutannya menyejat, meninggalkan kemasan yang berkilat. Kepingan resin syelek berwarna kuning, jingga, atau kemerahan, tetapi boleh dilunturkan menjadi putih. Syelek juga digunakan dalam pembuatan gula-gula, ubat, dakwat percetakan, dalam bahan penebat, dan sebagai pengeras. Lihat juga Lakuer; Resin; Varnis. | UMUM | |
KELEMUMUR | Kelemumur ialah kepingan kulit mati yang tertanggal dari kulit kepala. Kepingan ini mungkin berwarna kuning dan berminyak, atau putih dan kering. Kulit kepala biasanya akan menanggalkan sel kulit yang telah mati. Kelemumur biasanya terbentuk apabila kulit kepala menanggalkan lapisan tebal sel yang mati. Para doktor belum lagi mengetahui sepenuhnya punca sebenar keadaan ini boleh berlaku, tetapi kebanyakan daripada kita menghadapinya pada sesuatu masa. Dalam keadaaan yang tertentu, kelemumur yang sedikit boleh dihindarkan dengan kerap membasuh rambut. Kelemumur tidak akan menyebabkan kebotakan. | UMUM | |
MIKA | Mika ialah nama sekumpulan mineral yang mengandungi atom aluminium, oksigen dan silikon yang diikat menjadi kepingan yang leper. Mika mempunyai belahan yang sempurna iaitu, ia membelah dengan licin kepingan atau lapisan menjadi yang nipis. Kepingan mika adalah kukuh, mudah lentur dan anjal. Mika boleh jadi tidak berwarna atau berwarna hitam, perang, hijau atau ungu. | UMUM | |
SERPIH | Serpih ialah pemecahan sebarang benda kepada kepingan yang lebih kecil. Bom atau bahan api serpih telah digunakan bagi menentang kumpulan askar, trak, dan kapal terbang di pangkalan. Senjata ini mempunyai sarung yang berat yang apabila meletup, terpecah kepada ribuan serpihan kecil (kepingan). | UMUM | |
KACA DAWAI | Kaca dawai terdiri daripada kepingan kaca setebal enam milimeter hingga 19 milimeter yang mengandungi jejaring dawai yang disisipkan semasa proses pembuatannya. Jejaring dawai itu menguatkan kaca dan memegangnya apabila kaca pecah. | UMUM | |
KACA BERWARNA | Kaca berwarna ialah kaca berwarna yang dipotong menjadi kepingan dan dipasangkan semula untuk membentuk gambar atau corak hiasan. | UMUM | |
DAUN EMAS | Daun emas ialah logam emas yang telah diketuk menjadi kepingan atau dedaun yang terlalu nipis. Daun emas digunakan untuk menghias permukaan bingkai gambar dan perabot dan untuk menulis huruf pada cermin tingkap. | UMUM | |
AVALANCHE | Avalanche ialah kumpulan besar salji yang menggelongsor turun di cerun gunung. Kebanyakan avalanche berpunca daripada keadaan cuaca yang menyebabkan salji di lereng gunung menjadi tidak stabil. Gangguan angin kencang, gegaran bumi, dan letupan boleh menyebabkan salji menggelongsor turun. Pemain ski menyebabkan banyak avalanche. Terdapat tiga jenis utama avalanche. Avalanche salji kering terdiri daripada salji serbuk dan udara yang bergerak lebih laju daripada 160 kilometer sejam. Avalanche salji basah ialah sekumpulan salji basah, yang padat, yang biasanya bergerak lebih perlahan daripada avalanche salji kering. Dalam avalanche salji kepingan, bahagian salji yang padu pecah menjadi kepingan dan pecah lagi menjadi kepingan- kepingan kecil semasa ia menggelongsor. | UMUM | |
MAMPU TEMPA | Mampu tempa ialah kemampuan logam untuk ditempa atau ditekan menjadi kepingan yang nipis. | UMUM | |