Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.po.pu.la.ran] | کڤوڤولر ن

Definisi : perihal popular, populariti: utk mengembangkan ~ di luar negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.po.pu.la.ran] | کڤوڤولر ن

Definisi : hal atau keadaan popular. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
popular (adjektif)
Bersinonim dengan terkenal, termasyhur, ternama, terbilang, terkemuka, terhebah, tersohor;,
Kata Terbitan : mempopularkan, kepopularan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BURLESQUE

Burlesque, satu bentuk hiburan aneka ragam

yang popular di Amerika Syarikat pada awal tahun

1900-an. Kemuncak kepopularan burlesque adalah

dari tahun 1905 hingga tahun 1920-an. Pada masa

itu burlesque dipersembahkan dalam bentuk yang

standard dan hampir menyamai vaudeville (lihat

Vaudeville).

UMUM 
BRAMANTE, DONATO

Bramante, Donato (1444–1514) ialah arkitek

dan pelukis Zaman Renaissance Itali. Bangunan

Bramante, yang dikenali sebagai Tempietto (1502),

di Gereja San Pietro di Montoria menandakan

tempat St. Peter disalib di Rom, mengikut ceritanya.

Bramante mereka bentuk bangunan ini menyerupai

kuil Rom yang kecil bulat. Dia juga membuat reka

bentuk asal untuk Gereja St. Peter di Rom, dan

mereka bentuk Belvedere Courtyard (1505–1513) di

Vatican.

Bramante lahir dekat Urbino, Itali. Minat awalnya

adalah seni lukis dan matematik. Dia menerima

latihan seni bina daripada Luciano Lauran, ketua

arkitek Urbino. Selepas tinggal di Milan untuk

beberapa lama, Bramante menetap di Rom pada

tahun 1499. Di sana dia mengkaji puing Rom

purba. Oleh sebab pengetahuannya yang meluas

tentang seni bina purba, dia diambil bekerja

sebagai arkitek oleh Paus Alexander VI dan Julius

II. Bramante terkenal kerana mengembalikan

kepopularan dua bahan binaan Rom purba, iaitu

konkrit dan stucco.

Lihat juga Gereja Saint Peter (Sejarah).

UMUM 

Kembali ke atas