Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pu.jian] | کڤوجين

Definisi : 1. yg dipuji, sangat terpuji: ~ dlm ilmu hisab dan sains; pangkat ~ pangkat yg sangat terpuji; 2. = pujian; mendapat (menerima) ~ mendapat (menerima) pujian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pu.jian] | کڤوجين

Definisi : taraf atau kedudukan yg wajar menerima pujian (kebaikannya dll); yg dipuji: Dlm peperiksaan yg lalu, dia telah mendapat ~ dlm ilmu hisab dan ilmu alam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kepujian


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SCHEELE, CARL WILHELM

Scheele, Carl Wilhelm (1742–1786) ialah ahli

farmasi dan ahli kimia Sweden yang menemui

klorin. Dia juga menyediakan oksigen. Tetapi dia

tidak menerbitkan usahanya tepat pada masanya,

dan Joseph Priestly, ahli sains Inggeris, yang

mendapat kepujian. Pada tahun 1770, Scheele

menemui asid tartarik. Dia juga orang pertama

yang mendapatkan asid laktik, asid oksalik, asid

sitrik, dan asid hidrofluorik tulen. Dia menemui

hijau Scheele (kuprum arsenit), molibdenum, dan

scheelit (kalsium tungstet). Scheele lahir di

Stralsund, Jerman, dan pada masa kecil dia

menjadi pembantu kepada ahli farmasi. Dia

kemudiannya membuka kedai farmasinya sendiri di

Köping, Sweden dan membuat kebanyakan

penemuannya di sana.

Lihat juga Kimia (Teori flogiston) ; Klorin;

Molibdenum.

UMUM 
ASAD, NASIR AL-DIN AL-

Asad, Nasir al-Din al- (1923– ), sasterawan,

sarjana, pengkaji, ahli politik dan pendidik yang

berpengalaman. Dia lahir di bandar al-‘Aqabah,

Jordan. Dia menyambung pelajarannya di Fakulti

Bahasa Arab di al-Quds lalu memperoleh Ijazah

kelas dua dan Diploma Pendidikan pada tahun 1943.

Kemudian, dia memperoleh Ijazah Sarjana Muda

dengan kepujian dalam bidang sastera pada tahun

1947, Ijazah Sarjana pada tahun 1951, dan pada

tahun 1955, doktor falsafah daripada Universiti al-

Azhar.

UMUM 
A'ZAMI, MUSTAFA AL-

A’zami, Mustafa al- (1351 H.– /1933 M.– ),

ahli fikir dan profesor di sebuah universiti di Arab

Saudi. Nama penuhnya ialah Muhammad Mustafa

al-A‘zami. Dia lahir di bandar Manu, pesisiran

Azham Kadah, di utara India. Dia mula belajar di

sekolah Arab Islam dan kemudiannya di Kolej Darul

Ulum, Douband dan tamat pengajian pada tahun

1952. Selepas itu, dia menyambung pelajaran ke

Universiti al-Azhar, Mesir dan mendapat Ijazah

Sarjana Muda Kepujian dan Diploma Pendidikan

daripada Fakulti Bahasa Arab.

UMUM 
ANWAR IBRAHIM

Timbalan Perdana Menteri (1993-1998).  Dia lahir pada 10 Ogos 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cherok Tok Kun dan Sekolah Stowell.  Pendidikan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.  Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1971.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ADI BADIOZAMAN TUAH

ADI BADIOZAMAN TUAH (1951-     ), penyair. Dia lahir pada 15 Ogos 1951 di Tatau, Bahagian Bintulu, Sarawak. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dan Diploma Pendidikan daripada Universiti Sains Malaysia pada tahun 1973 dan ijazah Sarjana Pendidikan pada tahun 1979, daripada universiti yang sama.

SASTERAKonsep
RYLE, GILBERT

Ryle, Gilbert (1900–1976), ahli falsafah British dan

mendapat kepujian kerana bukunya The Concept of

Mind (1949).

UMUMUmum
ISMAIL HUSSEIN

ISMAIL HUSSEIN (1932-     ), aktivis sastera dan budaya. Dia lahir pada 31 Januari 1932 di Kampung Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah. Ismail mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian kelas pertama dalam bidang Pengajian Melayu dari University of Malaya, Singapura pada tahun 1959. Selepas mendapat ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1961, Ismail melanjutkan pengajian ke Universiti Leiden (1961-1964) dan mendapat ijazah Doktorandus.

SASTERATokoh
FATIMAH HAMID DON, DATO'

FATIMAH HAMID DON, Dato’ (1933 -          ), pendidik dan pakar pengajian kurikulum. Dia lahir pada 10 Julai 1933 di Batu Gajah, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan Sekolah Agama di Ipoh, Perak dan di Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pada tahun 1951, dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Singapura, dan mendapat ijazah Sarjana Muda dengan kepujian (1956). Dia mendapat Diploma Phonetics and Linguistics dari university of London.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ANIS SABIRIN

ANIS SABIRIN, (1936 -       ), penulis.  Dia lahir pada 1 Mac 1936 di Johor Bahru, Johor.  Anis mendapat pendidikan asas di Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran di University of Malaya, Singapura.  Pada tahun 1959, dia lulus ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian.  Anis memperoleh ijazah Sarjana dalam bidang sains politik, ijazah Sarjana dalam bidang ekonomi dan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi dari Claremont Graduate School, Amerika Syarikat pada tahun 1976.  Anis pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pegawai penyelidik setelah tamat pengajian dari University of Malaya, Singapura, hingga tahun 1967.  Anis berhijrah ke Amerika Syarikat apabila menerima tawaran biasiswa Fullbright pada tahun 1967.

SASTERAKonsep
ZURAINA MAJID, DATO'

ZURAINA MAJID, Dato’ (1944-     ), ahli arkeologi. Dia lahir pada 5 Oktober 1944 di Kuala Lumpur.  Nama sebenarnya ialah Siti Zuraina binti Abdul Majid.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Baru dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Selepas itu dia melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya dan lulus ijazah Sarjana muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Pengajian Cina pada tahun 1967.  Zuraina menyambung pelajaran pada peringkat sarjana di Cambridge University, United Kingdom dan memperoleh M.A. dalam Oriental Studies pada tahun 1971.  pada tahun 1978, dia memperoleh Ph.D dalam bidang antropologi dari Yale University, Amerika Syarikat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12

Kembali ke atas