POLINESIA PERANCIS | Polinesia Perancis ialah wilayah seberang laut kepunyaan Perancis. Wilayah ini terletak di Lautan Pasifik, kira-kira 4500 kilometer ke selatan Hawaii. Untuk lokasi, lihat Kepulauan Pasifik (peta). Wilayah ini terdiri daripada kira-kira 120 buah pulau yang berselerak merentangi kawasan seluas kira-kira sebesar barat Eropah. Pulau ini terdiri kebanyakannya daripada gugusan kepulauan Austral, Gambier, Marquesas, Society, dan Tuamotu. Papeete, di Tahiti – salah sebuah pulau dalam Kepulauan Society – ialah ibu wilayah ini. | UMUM | |
AZORES | Azores ialah sekumpulan sembilan buah pulau yang menjadi kepunyaan Portugal. Ia terletak di Lautan Atlantik Utara, lebih kurang 1300 kilometer di barat Portugal. Pulau-pulau ini berada dalam jalan udara dan kabel yang menghubungkan Eropah dan Amerika. Pulau-pulau ini meliputi 2344 kilometer persegi dan panjang garis pantainya ialah 515 kilometer. Kira-kira 249 500 orang tinggal di kepulauan Azores. Orang keturunan Azores, lebih ramai tinggal di Amerika daripada Azores. Bandar utama bagi Azores ini ialah Ponta Delgada, di Pulau Saõ Miguel. | UMUM | |
DOMAIN AWAM | Domain awam bermakna hak untuk memegang atau memiliki harta kepunyaan awam dan bukannya individu. | UMUM | |
KANDANG KUDA AUGEAN | Kandang kuda Augean, dalam mitologi Yunani dan Rom, ialah kandang kepunyaan Augeas, raja Elis. | UMUM | |
SVALBARD | Svalbard ialah gugusan pulau di Lautan Artik yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Norway dan Kutub Utara. Pulau-pulau ini kepunyaan Norway dan Svalbard ialah namanya dalam bahasa Norway. Kadangkala ia dikenali dengan nama Jermannya, iaitu Spitsbergen. Svalbard mempunyai lima pulau besar dan banyak pulau kecil. Pulau-pulau utama dari segi saiz, ialah Spitsbergen, North East Land, Pulau Edge, Pulau Barents, dan Prince Charles Foreland. Luas Svalbard ialah 62 050 kilometer persegi. Jaraknya dari Kutub Utara ialah 1100 kilometer. (Lihat Lautan Artik [peta]; Norway [peta]). | UMUM | |
PERIUK API | Periuk api ialah alat letupan yang digunakan dalam peperangan untuk membunuh tentera musuh dan memusnahkan kapal laut, kereta kebal, dan peralatan lain kepunyaan pihak musuh. Sesetengah periuk api meletup apabila seseorang terpijaknya. Ada juga yang meletup apabila dilanggar oleh kereta kebal atau jip. Periuk api direka bentuk agar meletup apabila dialihkan dari tempatnya atau disentuh. Periuk api yang diletakkan di dalam air boleh meletup akibat daripada kesan yang ditinggalkan oleh laluan kapal. Ia juga boleh meletup dengan menggunakan alat kawalan jauh. | UMUM | |
AMANAH OUTWARD BOUND | Amanah Outward Bound mengendalikan sekumpulan sekolah di Britain yang direka bentuk untuk memperkukuh peribadi anak-anak muda melalui pengembaraan. Amanah ini juga membantu negara lain menubuhkan sekolahnya sendiri. Sekolah kepunyaan amanah ini memberi peluang kepada anak-anak muda daripada pelbagai latar belakang bertemu dan bekerja bersama-sama. | UMUM | |
OUTWARD BOUND TRUST | Outward Bound Trust mengendalikan sekumpulan sekolah di United Kingdom yang direka bentuk untuk memperkukuh peribadi anak- anak muda melalui pengembaraan. Amanah ini juga membantu negara lain untuk menubuhkan sekolahnya sendiri. Sekolah kepunyaan amanah ini memberi peluang kepada anak-anak muda daripada pelbagai latar belakang bertemu dan bekerja bersama-sama. | UMUM | |
PANJI NARAWANGSA | PANJI NARAWANGSA, cerita panji. Buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1989. Buku ini adalah terjemahan daripada cerita Panji Narawangsa dalam bahasa dan tulisan Jawa. Terbitan ini berdasarkan naskhah kepunyaan Balai Pustaka, Jakarta. Naskhah kepunyaan Balai Pustaka ini pula berdasarkan naskhah Brandes No. 295 yang tersimpan di Museum Pusat, Jakarta. | SASTERA | Penerbitan |
HULUN HAJI | HULUN HAJI, hamba diraja atau hamba peribadi kepunyaan raja. Perkataan hulun haji ada tercatat pada prasasti Telaga Batu (686 M.) di Palembang. Rekod ini mengandungi bukti awal konsep perhambaan dalam Dunia Melayu. Konsep ini penting kepada masyarakat sebelum proses pemodenan di rantau ini. Konsep ini menggambarkan pembahagian masyarakat kepada golongan ‘tuan’ yang dihormati dan golongan orang ramai yang menjadi ‘pesuruh’ mereka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |