Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bd keluarga diraja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kerabat (kata nama)
Bersinonim dengan sanak saudara, kadim, saudara-mara, keluarga terdekat, kaum, famili;,
Kata Terbitan : berkerabat, perkerabatan, sekerabat,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KERABAT DIRAJA UNITED KINGDOM UMUM 
KERABAT DIRAJA

KERABAT DI RAJA, jalinan atau hubungan saudara­-mara raja termasuk saudara-mara terdekat dan saudara-­mara yang jauh. Perkataan kerabat berasal daripada bahasa Arab dan merujuk kepada keluarga yang terdekat. Perkataan kerabat dalam bahasa Melayu turut merang­kumi keluarga yang jauh.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
DIANA, PRINCESS OF WALES

Diana, Princess of Wales (1961–1997) ialah

kerabat diraja British dan isteri Putera Wales

(lihat Charles, Prince). Dia ibu Putera William dan

Putera Henry, iaitu putera diraja Wales.

UMUM 
RAJA MAHADI RAJA SULAIMAN

RAJA MAHADI RAJA SULAIMAN (  ? -1882), kerabat diraja Selangor. Dia adalah cucu Sultan Muhammad, Sultan Selangor. Dia juga salah seorang yang terlibat dalam Perang Kelang. Raja Mahadi tidak berpuas hati dengan pendapatan yang diperolehi oleh Raja Abdullah yang mentadbir jajahan Kelang. Ini kerana pada masa jajahan itu ditadbirkan oleh ayahandanya, Raja Sulaiman, pendapatan tidak banyak kerana perlombongan bijih timah belum berkembang. Setelah Sultan Muhammad menyerahkan Kelang kepada Raja Abdullah, dia telah menggalakkan orang Cina mengusahakan lombong bijih timah. Usaha ini telah memajukan daerah Kelang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
POETRI HINDIAPOETRI HINDIA, majalah bulanan wanita berbahasa Melayu yang pertama diterbitkan di Jawa, Indonesia. Poetri Hindia diterbitkan oleh Raden Mas Tirto Adi Suryo, seorang kerabat diraja Jawa daripada keluarga bupati Bojonegoro. Modal untuk menerbitkan majalah ini disumbangkan oleh Haji Mohd. Arsad, seorang saudagar di Bandung.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
PANGERAN MUDA HASHIM

PANGERAN MUDA HASHIM ( ? - ? ), pemimpin Sarawak.  Dia berasal daripada kerabat diraja Brunei.  Dia anak kepada Sultan Muhammad Kanzul Alam dan ayahanda saudara kepada Sultan Omar Ali Saifuddien 11, Sultan Brunei.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LONG GHAFAR

LONG GHAFAR (   ?  -1794), Perdana Menteri Kelantan. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia hidup sezaman dengan Long Yunus, iaitu pengasas negeri Kelantan moden dan keturunan Long Yunus atau kerabat diraja yang memerintah negeri Kelantan sejak pertengahan abad ke-18 hingga kini. Long Ghafar dikatakan anak Raja Reman. Sebelum tahun 1810, Reman merupakan sebahagian daripada wilayah Kesultanan Melayu Patani, tetapi selepas tahun 1909, menjadi sebahagian daripada Wilayah Yala, selatan Negara Thai.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TENGKU ABU BAKAR HUSNY

TENGKU ABU BAKAR HUSNY (1919 – 1983), wartawan Indonesia. Dia dilahirkan di Langkat, Sumatera, Indonesia. Tengku Abu Bakar Husny berasal daripada kerabat diraja. Bapanya bergelar Tengku Panglima Setia Raja. Dalam penulisan sastera, Tengku Abu Bakar Husny lebih dikenal dengan nama Arita Kasih, A.B. Kasih dan Area Jembel. Nama-nama seperti A.B. Husny, Area Jembel dan T.A.B. Husny digunakan untuk menulis rencana dan kritikan, sementara Arita Kasih digunakan untuk “sorotan cerpen” dalam majalah Mastika setiap bulan. Dalam penulisan rencana terutama yang menyentuh hal yang berkaitan dengan kesenian atau kebudayaan, sejarah, isu luar negara, kertas kerja dan buku mengenai Pujangga Amir Hamzah, dia menggunakan nama sebenarnya iaitu Tengku Abu Bakar Husny.

SASTERATokoh
DATUK BENTARA DALAM

DATUK BENTARA DALAM, salah satu gelaran pembesar dalam kerajaan Melayu. Selain Johor, gelaran Datuk Bentara Dalam juga terdapat di Kelantan dan Terengganu. Pada tahun 1940-an, jawatan Datuk Bentara Dalam di Terengganu disandang oleh kerabat diraja dan gelarannya Tengku Bentara Dalam. Dalam huraian tentang bidang kuasa dan tugas Datuk Bentara Dalam, rujukan adalah kepada kerajaan Johor.

   

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
RAJA MANSOR RAJA ABDUL KADIR

RAJA MANSOR RAJA ABDUL KADIR (1905-1947), penulis dan wartawan. Dia lahir di Gebang, Tanjung Pura, Langkat, Sumatera, Indonesia. Nama lain yang pernah digunakan ialah Ratuman atau Tengku Rolam. Raja Mansor berketurunan bangsawan. Ayahnya daripada kerabat diraja Perak, sementara ibunya pula berasal dari istana Langkat. Raja Mansor mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya. Dia kemudian melanjutkan pelajaran di Hollandsch Inlandsche School (HIS) di Medan hingga tamat pada tahun 1929.  

SASTERATokoh
12

Kembali ke atas