KERABU, makanan yang diperbuat daripada hirisan sayur-sayuran atau buah-buahan yang dicampur dengan kerisik, bawang, udang, cili, asam dan garam.
SUBANG, perhiasan telinga yang lazimnya dipakai oleh golongan wanita. Subang diperbuat daripada pelbagai bahan dan dipakai di kedua-dua belah cuping telinga. Di kalangan masyarakat Melayu, subang juga disebut sebagai anting-anting, gelinya dan kerabu sunting. Subang merupakan salah satu perhiasan yang dipakai sejak zaman primitif. Sehingga kini, masih terdapat kaum lelaki suku kaum etnik di merata dunia memakai subang.
UMBUT, pangkal pucuk batang pokok palma seperti pokok kelapa, pokok pinang dan enau. Umbut kelapa kerap dimasak dan disajikan sebagai lauk kenduri. Ia dibuat masak lemak atau dimasak bersama-sama tulang lembu sebagai masak lemak berempah. Umbut yang telah dimasak enak dimakan kerana ia lembut dan lemak kemanis-manisan. Umbut juga boleh dibuat kerabu bersama-sama kerisik, udang dan bawang.
Thanks for clicking. That felt good.