DISENTERI | Disenteri ialah penyakit yang melibatkan keradangan lapisan usus besar. Keradangan ini, yang disebabkan oleh organisma mikroskopik, menyebabkan sakit abdomen dan diaren. | UMUM | |
RINITIS | Rinitis ialah keradangan membran mukus yang melapisi hidung. | UMUM | |
OSTEOMIELITIS | Osteomielitis ialah keradangan tulang dan sumsum tulang , iaitu bahan bak jeli dalam teras tulang. Osteomielitis disebabkan oleh jangkitan, biasanya oleh bakteria yang dikenali sebagai Stafilokokus aureus . Jangkitan sumsum tulang boleh berlaku jika seseorang mempunyai patah kompaun. Dalam patah sedemikian, sumsum tulang boleh terdedah kepada udara yang mengandungi bakteria. Dalam kes-kes lain, darah membawa bakteria dari bisul, dari tonsil yang dijangkiti, atau dari jangkitan di bahagian lain dalam badan ke sumsum tulang. Gejala osteomielitis akut termasuk demam, kesejukan, kesakitan pada tulang yang dijangkiti, dan loya. Doktor biasanya merawat jangkitan ini dengan antibiotik. Kadangkala, penyaliran melalui pembedahan perlu dilakukan. Kelewatan merawat osteomielitis boleh menyebabkan pemendekan tulang dan seterusnya kecacatan. | UMUM | |
MIOKARDITIS | Miokarditis ialah keradangan tisu otot yang membentuk dinding jantung. Otot-otot yang dinamakan miokardium, menjalankan tugas dengan mengepam jantung. Kes-kes miokarditis yang sederhana wujud tanpa dapat dikesan. Kes-kes yang teruk boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi, suatu keadaan di mana jantung tidak dapat mengepam darah secukupnya seperti yang dikehendaki oleh badan. | UMUM | |
MIELITIS | Mielitis ialah keradangan saraf tunjang atau sumsum tulang dan selalunya disebabkan oleh virus atau jangkitan lain. Poliomielitis ialah satu bentuk mielitis. Bentuk lain termasuk sklerosis berbilang dan penyakit anjing gila. Gejala penyakit mielitis selalunya termasuk sakit belakang dan lumpuh. | UMUM | |
PERITONITIS | Peritonitis ialah keradangan peritoneum , iaitu membran nipis yang melapisi rongga abdomen. Ia merupakan sejenis penyakit yang boleh membawa maut. Peritoneum boleh menjadi radang jika diserang oleh bakteria atau direngsa oleh bahan asing. | UMUM | |
ENSEFALITIS | Ensefalitis ialah keradangan otak. Ramai pesakit ensefalitis hanya mengalami demam yang tidak teruk dan sakit kepala selama beberapa hari. | UMUM | |
SELARAN MATAHARI | Selaran matahari ialah keradangan kulit yang menyakitkan disebabkan oleh pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari. Keadaan ini mungkin hanya merupakan sedikit kemerahan pada kulit, yang hilang dalam masa beberapa jam, atau bengkak, lecur, dan kemerahan yang teruk pada kulit, yang mengelupas sebelum ia sembuh. Selaran yang teruk boleh menyebabkan rasa sejuk, pitam, demam, dan lemah. Pendedahan yang berpanjangan dan berulang-ulang kepada cahaya matahari boleh juga menyebabkan ketuaan kulit sebelum masanya dan kanser kulit. | UMUM | |
KONJUNKTIVITIS | Konjunktivitis ialah keradangan pada membran yang meliputi bahagian putih bola mata dan lapisan dalam kelopak mata. | UMUM | |
PNEUMONIA | Pneumonia ialah sejenis penyakit paru-paru disebabkan oleh inflamasi (keradangan). Hampir semua kes pneumonia berpunca dari jangkitan virus, bakteria, kulat atau lain-lain mikrob. Hanya sedikit sahaja kes yang disebabkan oleh reaksi alahan atau tersedut bahan kimia yang merengsa. Rencana ini akan membincangkan tentang pneumonia yang disebabkan oleh virus dan bakteria. | UMUM | |