Soddy, Frederick (1877–1956) ialah ahli kimia British yang menjalankan penyelidikan tentang struktur atom. Dia menerima Hadiah Nobel tahun 1921 untuk kimia kerana penyelidikannya. Dia, dan Ernest Rutherford, menunjukkan bahawa unsur radioaktif berubah bentuk menjadi unsur kimia yang lain semasa ia memancarkan keradioaktifan. Soddy memberi nama isotop kepada atom daripada unsur yang sama yang berbeza beratnya, (lihat Isotop). Soddy lahir di Eastbourne, Sussex, England dan menuntut di Oxford University. Dia juga mengajar di universiti tersebut. |