Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.na] | کران

Definisi : kata hubung yg menerangkan punca atau sebab berlakunya sesuatu keadaan atau kejadian; oleh sebab: Mereka menjadi kaya ~ mereka rajin dan berusaha. ~ apa oleh sebab apa; mengapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerana (kata tugas)
Bersinonim dengan lantaran, oleh sebab, sebab, fasal, dek, demi, akibat, bahawa, untuk, tujuan, maksud, bahana, tegal, baktan, saking, asal mula.,

Puisi
 

Kucing kurus menghembus api,
     Sudah hembus padam menyala;
Kurus kering kerana susah hati,
     Kerana telinga tak mendengar kata.


Lihat selanjutnya...(167)
Peribahasa

Kuat ikan kerana radai,
     kuat burung kerana sayap,
kuat ketam kerana sepit.

Bermaksud :

Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai).

 

Lihat selanjutnya...(326)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENGUMPUL BUKU

Mengumpul buku ialah hobi yang popular.

Orang mengumpul buku kerana beberapa sebab.

Ramai orang mengumpul buku kerana mereka

gemar membaca dan suka mengumpul barang.

Sesetengah pengumpul berminat kepada perkara

tertentu atau pengarang. Sesetengah orang

mengumpul buku kerana kecantikan buku itu.

Sesetengah orang pula mengumpul buku kerana

berharap buku mereka akan bertambah nilainya

dan menjadi pelaburan yang baik.

UMUM 
NOTTINGHAMSHIRE

Nottinghamshire ialah sebuah kaunti di tengah

England . Ia masyhur kerana legenda Robin Hood,

yang dikatakan tinggal di Hutan Sherwood dengan

kumpulan penjahatnya. Kini, kaunti ini dikenali

kerana industri penting seperti pembuatan basikal,

pakaian, tembakau, dan ubatan. Ia juga dikenali

kerana kaya dengan lombong batu arang, dan juga

kerana Renda Nottingham.

UMUM 
PORSELIN

Porselin ialah sejenis seramik yang dinilai tinggi

kerana keindahan dan kekuatannya. Ia sering

dikenali sebagai china atau chinaware kerana ia

pertama kali dibuat di China. Porselin dicirikan oleh

keputihannya, rupanya yang halus, dan lut cahaya

(boleh ditembusi cahaya). Oleh kerana ia adalah

keluaran seramik yang paling keras, porselin

digunakan sebagai penebat elektrik dan

kelengkapan makmal. Walau bagaimanapun,

porselin dikenali terutamanya sebagai bahan untuk

membuat vas bermutu tinggi, barang meja dan juga

patung kecil dan barang hiasan yang lain. Jenis

porselin yang digunakan untuk tujuan ini

menghasilkan bunyi berdenting apabila dijentik.

UMUM 
ASKAR UPAHAN

Askar upahan ialah seseorang yang

berkhidmat dalam angkatan tentera negara luar

untuk mendapatkan wang. Kebanyakan lelaki atau

wanita yang menjadi anggota askar upahan ini

melakukannya kerana upah ataupun kerana

mereka sukakan peperangan dan pengembaraan.

UMUM 
TAYLOR, ELIZABETH

Taylor, Elizabeth (1932– ) ialah seniwati filem

dari Amerika. Dia menjadi masyhur kerana

kecantikannya dan juga kerana kehidupan

peribadinya yang penuh gelora dan juga sebagai

bintang filem.

UMUM 
NANAS

Nanas ialah tumbuhan tropika yang terkenal

kerana buahnya yang berjus dan berbau harum.

Barangkali ia mendapat namanya pineapple dalam

bahasa Inggeris kerana buahnya kelihatan seperti

sebiji kon pain yang besar. Ramai orang suka

meminum jus nanas dan memakan buahnya sebagai

pencuci mulut atau dalam salad buah-buahan.

Thailand menanam lebih banyak nanas daripada

mana-mana negara lain. Petani di sana

mengeluarkan lebih kurang satu per empat

daripada nanas di dunia.

UMUM 
MALINOWSKI, BRONISLAW

Malinowski, Bronislaw (1884–1942) ialah ahli

antropologi British. Dia dikenali kerana kajiannya

tentang kebudayaan penduduk Pulau Trobriand di

barat daya Pasifik dan kerana sumbangannya yang

berupa teori tentang kebudayaan manusia.

UMUM 
NATION, CARRY AMELIA MOORE

Nation, Carry Amelia Moore (1846–1911),

terkenal kerana usaha kerasnya untuk

memberhentikan penjualan alkohol di Amerika

Syarikat dari tahun 1880-an sehingga dia meninggal

dunia. Walaupun dia selalu ditangkap kerana

mengganggu ketenteraman, namun ramai orang

yang tertarik dengan keikhlasan dan keberaniannya.

Sesetengah orang menganggapnya sebagai tidak

bertolak ansur. Dia mengetengahkan perjuangan

yang sederhana itu daripada peringkat pendidikan

kepada tingkat tindakan, dan seterusnya membantu

mewujudkan larangan penjualan alkohol peringkat

kebangsaan pada tahun 1919. (Lihat Larangan ).

UMUM 
PÉTAIN, HENRY PHILIPPE

Pétain, Henry Philippe (1856–1951), menjadi

wira kebangsaan Perancis kerana kepimpinan dalam

ketenteraan semasa Perang Dunia I. Namun dia telah

dibicarakan dan dipenjarakan atas tuduhan

menderhaka pada usia lanjutnya kerana dia

bersubahat dengan Jerman dalam Perang Dunia II.

UMUM 
SAKHAROV, ANDREI DMITRIYEVICH

Sakharov, Andrei Dmitriyevich (1921–1989)

ialah ahli fizik Soviet yang menjadi terkemuka

kerana penyelidikannya tentang tindak balas

termonuklear terkawal. Usahanya membantu ahli

sains Soviet mencipta bom hidrogen pada awal

tahun 1950-an. Tetapi, Sakharov menjadi terkenal

kerana usahanya mempromosi hak asasi manusia

dan keamanan dunia. Dia dianugerahi Hadiah

Nobel tahun 1975 kerana usaha ini. Mulai akhir

tahun 1960-an, Sakharov dan isterinya Yelena

Bonner, berkali-kali mengkritik kerajaan Soviet

dengan menuduhnya tidak memberikan hak asasi

manusia kepada warganegara Soviet. Pada tahun

1980, Sakharov ditangkap oleh pihak berkuasa

Soviet dan dibuang negeri ke Gorki (kini Nizhniy

Novgorod), iaitu bandar yang tertutup kepada

orang asing. Pada tahun 1986, dia dibebaskan dan

dibenarkan pulang ke Moscow. Pada tahun 1989,

Sakharov dipilih menjadi ahli dewan

perundangan Soviet yang baru dibentuk yang

dinamakan Kongres Wakil Rakyat.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas