PILLAY, NARIANA | Pillay, Nariana ( ? – ? ) ialah ahli perniagaan India yang pertama berjaya di Singapura. Dia lahir dalam keluarga Hindu di Pulau Pinang. Dia bertugas sebagai kerani dan tiba di Singapura pada bulan Jun 1819, bersama-sama Sir Stamford Raffles, pengasas Singapura moden. | UMUM | |
MOHAMAD YOUNUS HAJI ABDUL HAMID | MOHAMAD YOUNUS HAJI ABDUL HAMID (1889- ? ), wartawan dan penerbit Indonesia. Dia lahir di Langkat, Sumatera, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di Langkat. Selepas tamat persekolahan dia bekerja sebagai pelatih kerani di syarikat minyak tanah di Pengkalan Bandar, pelatih telegraf di Kompeni Kereta api Deli, kerani di Labuhan Ruku dan pada waktu lapang menjadi guru penolong di sebuah sekolah Melayu di Batu Bahasa dan kerani di Syarikat Ejen Kompeni Kapal Api Belanda di Tanjung Balai. | SASTERA | Tokoh |
PETRIE | Petrie ialah nama sebuah keluarga peneroka di Australia . Andrew Petrie (1798–1872) ialah pembina bangunan dan salah seorang peneroka yang pertama di Brisbane, Queensland, Australia. Dia lahir di Fife, Scotland. Dia tiba di Sydney dan bertugas sebagai pekerja bebas pada tahun 1831. Selepas bekerja sebagai kerani di jabatan kelengkapan, Petrie menjadi penyelia kerja di Teluk Moreton (kini Brisbane) pada tahun 1837. Apabila stesen banduan dipindahkan pada tahun 1839, Petrie tinggal di tempat yang sama sebagai peneroka bebas. Dia mereka bentuk dan membina banyak bangunan yang penting di sekitar tempat tersebut. Perjalanannya memberi banyak pengetahuan mengenai kawasan sekitar. Petrie ialah orang yang pertama mendaki Gunung Beerwah, di Pergunungan Glasshouse. Dia membawa balik ke Brisbane contoh-contoh pertama pain bunga. Pada tahun 1842, dia menemui Sungai Mary. | UMUM | |
MURRAY, SIR JAMES | Murray, Sir James (1837–1915), ahli filologi Scotland (pengkaji bahasa). Dia menjadi editor– Oxford English Dictionary selama 35 tahun. Sebagai ahli leksikografi (penulis kamus), Murray terkenal dengan penggunaan perkataan yang tepat dan pengetahuan yang luas. Walaupun kamus itu belum siap ketika dia meninggal dunia, Murray memberi sumbangan yang paling penting bagi penerbitannya. James Augustus Henry Murray lahir di Denholm, di kawasan sempadan Scotland. Dia bertugas sebagai guru di pekan berdekatan, iaitu Hawick, kemudian menjadi kerani bank dan guru di London. Dia belajar linguistik (kajian tentang bahasa) secara sendiri. Dia menjadi ahli Persatuan Teks Inggeris Awal dan Persatuan Filologi London. Dia menjadi editor Oxford English Dictionary pada tahun 1879. Dia dianugerahi pingat kesateria pada tahun 1908 yang membawa gelaran Sir. | UMUM | |
OTHMAN SULAIMAN | OTHMAN SULAIMAN (1952 – 1992), penulis dan penterjemah. Dia lahir pada 2 April 1925 di Enggor, Perak. Dengan kelulusan Cambridge School Certificate (1941) dan Higher School Certificate (1958), Othman bertugas sebagai kerani di Jabatan Pelajaran Perak pada tahun 1946. Pada awal tahun 1950-an, dia bertugas sebagai guru bahasa Inggeris dan penterjemah di Maktab Pengurusan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Dari tahun 1958 hingga tahun 1959, Othman berkhidmat sebagai setiausaha Lembaga Pelajaran Negeri Perak. Pada 1 Disember 1959, dia dipinjamkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan bertugas sebagai penolong pengarang. Pada tahun 1968, dia dilantik sebagai pengarang hinggalah dia bersara pada tahun 1977. | BAHASA | Tokoh |
ABDUL RAHMAN ANDAK, DATUK SERI AMAR DIRAJA | Abdul Rahman Andak, Dato’ Seri Amar Diraja Johor (1850-1930) ialah pembesar Johor yang menentang kemasukan British ke Johor. Beliau dibesarkan di Teluk Belanga, Singapura. Abdul Rahman mendapat pendidikan di England. Beliau kembali ke Johor dan bertugas sebagai kerani di Jabatan Setiausaha Kerajaan pada tahun 1878. Kemudian, beliau menjadi penterjemah di jabatan yang sama sebelum dilantik sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan pada tahun 1886. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
BAHR AL-LAHUT | BAHR AL-LAHUT, sebuah kitab Jawi tentang agama Islam yang berkaitan dengan ilmu tasawuf karangan Abdullah ‘Arif pada abad ke-12 M. (6 H). Abdullah ‘Arif ialah salah seorang pendakwah yang terawal tiba di Alam Melayu. Antara pendakwah yang sezaman dengannya termasuklah Syekh Ismail dan Faqir Muhammad yang mengislamkan Merah Silu (Malik al-Salih), pemerintah kerajaan Samudera-Pasai. Menurut al-Tarikh Salsilah Negeri Kedah karangan Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad, orang yang pertama mengislamkan negeri Kedah juga bernama Abdullah iaitu pada tahun 1137 M. (531 H). Jika dibandingkan tarikh ini dengan tarikh ketibaan Abdullah ‘Arif di Aceh (117 M), tidak banyak berbeza. | BAHASA | Bahasa |
PENGHULU TAWI SLI | PENGHULU TAWI SLI (1912-1987), ahli politik, Ketua Menteri Sarawak yang kedua (1966-1969). Dia lahir pada bulan Jun 1912 di Lingga, Simanggang, Sarawak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Luke di Sabu, Simanggang dan lulus peperiksaan Juior Cambridge pada tahun 1931 di St. Thomas’s School, Kuching, Tawi Sli pernah menjadi guru sebelum mengikuti kursus agama Kristian pada tahun 1934. Dia pernah berkhidmat sebagai kerani di Pejabat Daerah Simanggang dan di Pejabat Residen Bahagian Kedua (1937-1960). Setelah bersara, pada tahun 1961, dia mula bergiat dalam bidang politik. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ZAKARIA HITAM | (1912- ), budayawan, pengumpul dan penulis sastera rakyat. Dia lahir pada 20 Jun 1912 di Kampung Benta, Pekan, Pahang. Dia lebih dikenali dengan panggilan Pak Zek. Zakaria mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langgar, Sekolah Inggeris Pekan dan Sekolah Clifford di Kuala Lipis, Pahang. Dia lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1937. Pada tahun 1954, dia lulus peperiksaan undang-undang bagi Pegawai perkhidmatan Melayu (MCS) dan dua tahun kemudian (1956) dia mendapat diploma dalam Public Administation dan diploma dalam bidang Secretarial Practice (Local Government). Dia memulakan kariernya sebagai kerani biasa di Jabatan Kerajaan. Dia pernah menjadi pegawai RIDA, setiausaha kepada Menteri Besar Pahang dan akhirnya menjadi pegawai kerja di Pejabat Tanah dan Galian negeri Pahang sehinggalah dia bersara pada 31 Disember 1970. | SASTERA | Tokoh |