AIS KERING | Ais kering ialah karbon dioksida pepejal. Nama <I>ais kering I>merujuk kepada hakikat bahawa bahan ini berubah bentuk daripada pepejal kepada gas tanpa terlebih dahulu menjadi cecair. | UMUM | |
PERLADANGAN KERING | Perladangan kering ialah proses menanam tanaman di kawasan separa kontang tanpa pengairan. Kawasan separa kontang menerima sedikit hujan semasa musim penanaman. Oleh itu, peladang di kawasan ini cuba menambah amaun air yang menyerap ke dalam tanah semasa musim hujan dan salji. Semasa musim pertumbuhan, tanaman menyerap air yang tersimpan dalam tanah. | UMUM | |
DOK KERING | Dok kering ialah satu kawasan tempat kapal dikeluarkan dari kawasan perairan supaya kerja-kerja pembaikan boleh dilakukan terhadap kapal tersebut di bawah paras air laut. | UMUM | |
SAHEL | Sahel ialah kawasan padang rumput kering di Afrika. Sahel terletak di bahagian selatan Sahara, dan merentangi sebahagian besar negara Senegal, Mauritania, Mali, Burkina Faso, Niger, Nigeria, Chad dan Sudan. Sesetengah ahli geografi juga mengambil kira kawasan kering Ethiopia, Kenya dan Somalia sebagai sebahagian daripada Sahel. Kemarau yang teruk telah beberapa kali melanda Sahel. Kawasan itu menjadi terlalu kering semenjak tahun 1968. Berjutajuta penduduk di Sahel mati kerana tanaman musnah disebabkan oleh kemarau. | UMUM | |
RUMPUT KERING | Rumput kering yang terdiri daripada batang dan daun pokok yang sudah kering dan berguna sebagai makanan lembu, kuda dan haiwan lain. | UMUM | Umum |
TEMBAKAU SEDUTAN | Tembakau sedutan ialah serbuk lembap atau kering yang dibuat daripada daun pokok tembakau. Tembakau mulu-mula ditapai oleh haba dan lembapan kemudian dikeringkan dan ditumbuk. Tembakau sedutan lembap diletakkan di celah pipi dan gusi. Tembakau sedutan kering mungkin dihidu melalui lubang hidung, digosok pada gusi atau dicelup – iaitu diletakkan di dalam mulut, biasanya di celah gusi dan bibir bawah. Pelbagai perisa ditambah pada tembakau sedutan untuk menambah rasanya. Pengambilan tembakau sedutan boleh mengganggu saraf yang membawa deria bau dan mengurangkan kebolehan mengecam bau. Ramai doktor percaya bahawa penggunaan tembakau sedutan meningkatkan risiko menghidap kanser mulut dan penyakit gusi yang lain. | UMUM | |
CUCIAN KERING | | UMUM | |
GETAH KERING | Bahan yang diperoleh daripada pokok getah janis Hea Brasiliensis yang berasal dari Brazil. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
SEKOI | Sekoi ialah mana-mana satu daripada sekumpulan rumput yang mengeluarkan biji yang kecil, boleh dimakan. Ia tumbuh subur di tanah kering berpasir. Bijinya adalah sumber penting makanan di kawasan kering di Asia dan Afrika. Penduduk di kawasan ini mengisar biji ini menjadi tepung untuk dibuat roti leper dan kuih nipis digoreng atau bijian sekoi dibuat bubur. Di sesetengah negara, biji, daun dan batang sekoi, digunakan sebagai makanan haiwan ternakan. | UMUM | |
MESQUITE | Mesquite ialah pokok renek berduri yang tumbuh dalam iklim kering. Pokok renek ini biasa tumbuh di barat daya Amerika Syarikat, Mexico, Hindia Barat dan sebahagian barat Amerika Selatan. Mesquite juga tumbuh di Hawaii. Ia dibawa ke sana oleh mubaligh. Pokok renek ini memerlukan sedikit air. Ia boleh tumbuh di gurun yang terlalu panas dan kering. Cerita-cerita tentang kehidupan di gurun sering menyebut tentang mesquite. | UMUM | |